Tuesday, February 23, 2010

Canselor UNISEL Hak siapa?

Mengapa Xavier begitu sibuk memperkatakan isu perlantikan Canselor Unisel? Apa bidang tugas Xavier ini sebagai EXCO? EXCO jaga ladang sibuk hal universiti mengapa?

Kata Xavier kepada Malaysiakini.com

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.

"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Wang peruntukan untuk PIBG sekolah Tamil pun diseleweng kepada NGO India yang pro beliau, sekarang ada hati untuk bercakap soal Unisel.

[Untuk rekod Unisel ini dibina oleh kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional, bertatih dan berusaha dari rumah kedai dan shoplot sebelum mempunyai kampus di Bestari Jaya. Unisel bukan datang sekelip mata dengan kata-kata manis Anwar Ibrahim.]

Berdasarkan kenyataan EXCO Bukan Melayu ini Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sepatutnya mengajar para EXCO beliau untuk memahami pentadbiran dan pengurusan negeri dengan lebih baik.

Perlantikan Canselor Unisel adalah kuasa DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al haj. Ini semua maklum termasuklah Menteri Besar dan Exco.

Justeru mengapa ada seorang EXCO bukan Melayu ini begitu terhegeh-hegeh mempertikaikan perlantikan Canselor Unisel. Jika pun tempoh perkhidmatan Datin Seri Rosmah Mansor tamat hujung tahun ini, bukan hak kerajaan negeri sama ada untuk menyambung atau tidak.

Kerajaan negeri hanya ada hak untuk mencadangkan nama baru tetapi keputusan mutlak adalah di bawah DYMM Tuanku.

Kelam kabut sungguh kerajaan negeri. Yang bukan bidang kuasa mereka sibuk bercakap. Yang dibawah bidang kuasa mereka haram tak buat kerja. Jalan negeri penuh lubang, sampah bersepah, perlombongan pasir penuh penyelewengan, pelaburan tidak masuk tapi yang disibuk oleh kerajaan negeri ialah isu Canselor Unisel yang bukan bidang kuasa mereka.

Kalau benar mahu menaikkan nama UNISEL, kerajaan negeri perlu mencari jawapan mengapa khabarnya kemasukan pelajar ke Unisel kian berkurangan?

Buat Xavier, jangan kurang ajar sangat. Jangan masuk campur kuasa Sultan Melayu. Kalau mahu lantik Anwar Ibrahim pun suruh Khalid penipu tu jumpa tuanku Sultan beri cadangan.

Apa ladang kau jaga sekarang Xavier? Dengar kata semua ladang dah tutup kat selangor ni. Ladang buah-buahan pun dah tutup sebab Khalid nak bagi kat kroni dia buka ladang kelapa sawit.

Kenapa EXCO-EXCO Selangor yang bukan Melayu sekarang tidak boleh hormat kuasa Sultan Selangor? Jangan kurang ajar sangat.

4 comments:

Anonymous said...

Saya pasti DS Rosmah pun TAK HERAN dan KEBULUR kalau setakat nak jadi Canselor UNISEL tu.

Dia pun sibuk dan banyak lagi hal yang hendak diberi perhatian. Lebih baik beri perhatian pada project PERMATA tu atau hal ehwal Zoo Negara dari UNISEL.

Elok dilantik saja Elizabeth Wong jadi Canselor UNISEL, MB Selangor pun sayang pada dia dan disokong oleh PR yang lain, terutama Nik Aziz.

selangorian said...

Mereka sepatutnya melantik Anwar Ibrahim, mantan Presiden UIA sebagai Chanselor. Lepas ini bolehlah dipanggil Chanselor al Liawti Unisel.

songkla said...

lantik BABI la jadi Canselor RM 1.

Anonymous said...

Fuh hebat Unisel kalau Anwar yg dituduh peliwat jadi Canselor. Kan dah ada TNCanselornya yg dituduh merogol. Kalau Eli jadi Pro-Canselor baru lengkap! Patutlah kualiti Unisel ni koman sangat!