Tuesday, February 9, 2010

Ng Sue Lim Mabuk, Langgar Pelajar Hingga Koma

Selangordaily.com melaporkan:


ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta.


Komen: Apa pula alasan mamat gangster ni? Mesti salahkan pelajar tersebut. Yerlah budak dah koma macam mana nak pertahankan diri. Polis jangan pula buat-buat pejam mata sebab takut kena "serang" dengan DAP dan Pakatan Rasuah Selangor.

7 comments:

Anonymous said...

budak tu berada di hospital ampuan rahimah kelang.wad 5c..saudara bakri dalam keadaan koma...kepada pembaca sila panjat kan doa agar beliau selamat kerana beliau anak sulong anak harapan keluarga....

Burung Merbok said...

1. Sekarang ini mangsanya ialah seorang penuntut MELAYU. Kita hendak lihat pula reaksi dan tindakan kecoh-kecoh oleh mereka yang selalu buat bising apabila seorang bukan Melayu menjadi "mangsa".

2. Banyak sangat contoh 'double-standard' yang telah dipertontonkan. Kita hendak lihat sejauh mana puak hipokrit ini mahu bertindak ATAU pun mahu berdiam sahaja !

3. Apa pun atas nama keadilan, siasatan terperinci oleh pihak berwajib perlu dijalankan dengan segera agar tidak timbul pelbagai persepsi dan andaian negatif oleh semua yang terlibat atau oleh yang berminat dengan insiden ini.

4. Seorang YB terlibat ; maka tidak hairan jika insiden ini boleh dipolitikkan oleh pelbagai pihak.

5. Kita berdoa agar mangsa kemalangan ini akan sedar dari komanya dalam masa yang terdekat dan cepat sembuh. Sebagai seorang penuntut universiti, masa itu emas ; pelajaran perlu diteruskan. Terlantar lama di hospital sudah pasti merugikannya. Kekecewaan ibu-bapanya pasti bertambah jika kes kemalangan ini tidak dapat diselesai dengan secepat mungkin.

6. " Justice must also be seen to be done " bagi semua yang terlibat , baik yang melanggar mau pun yang dilanggar !

Detguaq said...

Ada sesiapa yang boleh dapatkan nama budak tu?

Kita start kempen habis-habisan untuk budak yang sedang koma tu!

Anonymous said...

nasib pelajar melayu la tu. nak tengok PAS atau PKR yg kata rakyat suara keramat bela pelajar tu. nak harap UMNO, tak mungkin kot sebab yg melanggar tu org cina. UMNO dan melayu tak nak nampak rasis.

Anonymous said...

polis dengan y.b same je...sy x kte sume polis same. y.b 2 plak da tau jd org besar, wakil rakyat tp perangai mcm pantat. da mabuk x ngaku mabuk. apa barag minum klu mabuk. duk uma la setan oi.....sialpuny y.b. mati la kau!!!!!!!

Anonymous said...

di mana kebenaran!!!..naper y.b berkenaan hanya pentingkan politik tp kebajikan rakyat diabaikan..
budak tuh kini terlantar di wad 5c kat HTAR..tp y.b tuh ngah dok lpk kt umah smbil minum arak...mangsa anak melayu.. y.b plak org cina..mangsa orang MELAYU..orang cina tuh ngan suka ria... polis plak dok sibuk takot kt orang politik..maner slogan yang di tekankan slama nie...

abang tlg approve komen sy nie... demi anak melayu yang menjadi mangsa kepada Y.B. mabuk tuh...

Anonymous said...

....mangsa tuh koma sngt terok...sehingga mlm tadi mangsa still dalam keadaan koma...tolong lah...bantuan dan pembelaan yg harus diutamakan pada mangsa ini...bukan agenda politik...!!!kepada pihak bewajib..jalan kan tugas anda demi kesejahteraan rakyat bersama...nama budak tuh bakri bin bazli..seorg penuntut uitm...pihak berkuasa jangan pulak buat2 tak tau dlm kes mcm nie...lakukan lah siasatan yg adil dan telus..dengar cerita plak..ada saksi ditempat kejadian yg dah lapor polis untuk membantu siasatan...pihak berwajib lakukanlah siasatan dengan segera....