Saturday, April 24, 2010

Antara Tuanku Dan Tok Guru: Khalid Ibrahim di Pihak Mana?

Adalah sesuatu yang memalukan apabila Datuk Nik aziz Nik Mat secara terbuka menyelar titah tuanku agar jangan mencemarkan masjid-masjid di sekita Hulu Selangor dengan khutbah Jumaat berbaur politik.

Kata Nik Aziz:

"Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim. "Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,"

Kita pula hendak tanya Nik Aziz siapa pula ajar disuruh berkempen dan memburukkan orang lain di dalam masjid untuk menang pilihan raya? Sejak bila Khutbah jumaat boleh diguna untuk menyindir, memburuk dan menghentam pemimpin Islam atau mana-mana puak Islam yang lain?

Larangan Tuanku Sultan Selangor menghalang sebarang ceramah dan khutbah berunsur politik kepartian amatlah tepat seiring dengan peringatan Allah sendiri:
11. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah al hujurat ayat 11)

Salahkah Tuanku mahu menyelamatkan institusi Masjid dan surau daripada menjadi pentas perpecahan umat Islam? Apakah tidak cukup lagi pentas ceramah di luar "rumah Allah" di Hulu Selangor dijadikan alat untuk orang Islam saling bercakaran?

Apakah tidak cukup lagi apa yang terjadi kepada EXCO Dato Hassan Ali yang khabarnya membaca khutbah berunsur politik kepartian di Masjid Bukit Sentosa sehingga akhirnya makmum terpaksa bersolat zohor kerana khutbah tidak cukup rukun?

Memang kita tahu Nik Aziz ialah political animal (binatang politik)yang sanggup menggunakan agama dan Allah untuk kepentingan politik sempit puaknya.

Sekarang kita mahu pula bertanya kepada Khalid Ibrahim, beliau di pihak mana? Sebelah Tuanku Sultan atau sebelah Tuan Guru Politik Nik Aziz Nik Mat?
Kita mahu Khalid nyatakan beliau taat atau tidak kepada titah Tuanku.

Khabarnya Hassan Ali memaklumkan kepada Istana beliau membaca khutbah tersebut atas arahan Khalid Ibrahim.

1 comment:

Anonymous said...

fahami islam sedalamnya...jangan tulis ikut hawa nafsu....kaji islam dan hidup denganya