Monday, April 12, 2010

Tan Pay Kong: Pemimpin Underworld Penasihat Ronnie Liu

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, perniagaan yang membabitkan kumpulan haram dilihat berkembang dengan pesat. Rumah urut, mesin judi dan video cetak rompak bercambah seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, terdapat lebih 4000 perniagaan jenis ini di Selangor hari ini.

Ramai percaya keadaan ini muncul kerana pembabitan kongsi gelap serta lain-lain kumpulan jenayah dengan pemimpin parti DAP. DAP hari ini dikatakan memerintah Selongor menerusi boneka bernama Khalid Ibrahim. Pembabitan pemimpin DAP dengan kegiatan perniagaan haram ini di kesan seawal 2007 apabila Ronnie Liu (sekarang EXCO Kerajaan Tempatan) terbabit menghalang Polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya menyita sebuah hotel yang dijadikan pusat pelacuran di Puchong.

Apabila Ronnie menjadi EXCO menjaga hal ehwal PBT ia seumpama orang mengantuk di sorong bantal. Selain pertumbuhan pusat-pusat perniagaan haram ini, banyak juga kedai-kedai makan Cina yang dikendalikan oleh kongsi gelap dibenarkan bebas meletak kerusi di atas jalan. Malah di dalam kawasan pentadbiran MPSJ, ada kedai makan Cina yang sewenang-wenangnya menutup jalan dan memasang skrin besar tanpa sebarang permit dari MPSJ.

Jika sebelum ini bukti-bukti yang menjurus ke arah Ronnie Liu hanyalah berdasarkan "circumstantial evidence" sahaja. Namun sejak kebelakangan ini kami dibekalkan dengan maklumat yang sangat meyakinkan  mengenai seorang individu bernama Tan Pay Kong, dari Kampung Raja Uda, yang terkenal sebagai kepala gangster di Klang.

Menurut sumber, Tan Pay Kong ini telah membawa Ronnie Liu melancong ke beberapa negara termasuk Thailand dan China. Selain itu, beliau juga telah melangsaikan hutang Ronnie Liu sekitar RM 70 ribu pada tahun lalu.

Tan Pay Kong sekarang ini bertindak sebagai penasihat kepada Ronnie Liu dalam isu-isu perniagaan membabitkan kerajaan negeri Selangor. Setiap pagi rabu akan kelihatan kereta Tan Pay Kong bernombor WEE 8888 berada di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Setiap pagi rabu, tan Pay Kong akan berjumpa Ronnie Liu untuk meneliti kertas Mesyuarat EXCO dan merancang strategi mereka sebelum mesyuarat EXCO.

Seorang lagi kepala gangster yang dilihat menguasai Ronnie Liu ialah Danial Chong. Bagaimanapun belum ada maklumat lengkap mengenai usahawan underworld ini. Blog ini akan dedahkan dalam sedikit masa lagi.

6 comments:

seniorcitizen said...

Ronnie ni memang ditaja oleh underworld. Heran aku apasal kes dia di mahkamah masih tangguh. apa pendawaraya makan suap atau kena ugut?

Anonymous said...

Ronnie Liu halang tutup pusat pelacuran kes asyik tangguh. Ng sue lim langgar budak dari belakang masih belum didakwa.

Polis kena siasat siapa yang uruskan kes-kes pemimpin DAP ini. takut ada yang dah dapat habuan atau kena ugut dengan gangster.

pemudaselangor said...

eleh apa nak heran kalau dah ada melayu pas yang berjubah berketayap sannggu bertakbir untuk ulama ronnie liu ni.

Malah masjid di kinrara sanggup terima duit sumbangan Teresa Kok. Bayangkanlah maruah orang islam sekarang ni. Makan duit babi pun sanggup asalkan duit.

Anonymous said...

alah Khalid ibrahim pun apa kurang. tiap pagi rabu atau petrang selasa bagi pengerusi I Berhad baca kertas EXCO dulu kat kediaman rasmi MB.

Anonymous said...

Rakyat menggesa agar pihak PDRM menyiasat kebenaran yang di siarkan dan jikalau ada kiatan ronnie sila bawa dia kemuka penhakiman dengan segera dan koncu koncu nya yang menguasai underworld sekali. Orang yang sebegini tidak harus di biarkan hidup menjadi lintah darat dan bapak ayam sehinggakan negeri Selangor di gelar darul maksiat. Orang Melayu beragama Islam sepatut nya bangkit melawan kebiadaban parasit parasit masyarakat sebegini walaupun dia seorang EXCO kerajaan negeri atas sebab angkara sebegini jikalau di biarkan akan menjadi cancer kepada masyarakat seluruh nya. Ya Allah lindungilah negeri Selangor darul ehsan.

Admin said...

kalau betul buat report polis/SPRM la weih... Biar diorang kena siasat. Kurang2 kecut telur burung tak bersunat Ronnie liu tu. Dahlah kes kematian teoh beng hock dia buatkan telurnya masuk ke dalam...

pi la riport...