Monday, September 22, 2008

Hentikan retorik lebihkan kerja!

Kenyataan oleh Willian Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang dan juga Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat bahawa penghijrahan Ahli Parlimen adalah proses demokrasi adalah satu dakyah tidak bermoral langsung kerana ianya cuma ingin membenarkan tindakan tidak bermoral itu, dalam kata lain "The end justifies the means".

Malahan kenyataannya yang tindakan penghijrahan ke parti politik lain yang bukan atas kepentingan diri tetapi atas kepentingan penduduk yang diwakili adalah harus dipuji adalah tidak relevan sama sekali kerana bagaimana kita tahu seseorang itu berkepentingan sendiri atau mementingkan kepentingan rakyat?

Tetapi pada hakikatnya, seorang ahli politik yang mementingkan rakyat atau pengundi di kawasannya sudah tentu tidak akan beretorik dan berpolitik 24 jam sehari, 365 hari setahun kerana itu hanya membuang masa rakyat atau cuba mengalihkan pandangan dari isu yang lebih penting contohnya apa yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sekarang jelas cuba mengalihkan pandangan rakyat dari kes liwatnya yang terbaru.

Setakat beberapa bulan Pakatan Rakyat menerajui 5 negeri itu, apakah signifikasinya kepada rakyat dan adakah benar-benar pemimpin Pakatan Rakyat yang berslogankan ketuanan rakyat kononnya, benar-benar mementingkan rakyat atau kepentingan peribadi?

Kebanyakan siaran langsung dari Parlimen pun begitu memalukan dan kebudak-budakkan kerana ahli-ahli Parlimen bertindak kurang matang dalam bergaduh dan memanggil nama-nama yang tidak sesuai untuk diperdengarkan kepada rakyat, bukannya membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan rakyat atau menjaga kebajikan rakyat!

Apa kata ketepikan kepentingan sendiri dan utamakan untuk menyelesaikan masalah rakyat?

No comments: