Monday, September 29, 2008

Pemimpin KeADILan bergelumang dengan skandal seks!

Parti Keadilan Rakyat nampaknya begitu terdesak sehingga terpaksa menyokong pemecatan Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan "sedekah".

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden KeAdilan terpaksa mengutuk sendiri seorang pemimpin mereka kerana kenyataannya yang terpesong dari ajaran agama Islam sebenarnya.

Tetapi, bapa borek, anak rintik.

Jika Anwar Ibrahim pun boleh terlibat dengan skandal seks sesama jenis, bayangkan skandal apa yang boleh menimpa pemimpin PKR yang lain kerana membuktikan pemimpin tertinggi mereka pun dibenarkan melakukan seks sesama jenis malah mendapat kebenaran daripada Amerika Syarikat yang begitu teruja membelanya.

Wan Azizah juga nampak kesian kerana terpaksa mengeluarkan kenyataan di dalam artikel "Isu habuan seks - KeADILan sokong pecat Zul Hassan" bertarikh 29 September 2008 dengan mengatakan "Kami tidak akan bertoleransi dalam isu salahlaku yang melibatkan mana-mana pegawai kerajaan, tanpa mengira parti dan jawatan, sebaliknya mengatasinya dengan serius.

Akhirnya kami ingin mengesahkan bahawa Mohammad Imran Abdullah yang juga terlibat dalam skandal seks tersebut bukan ahli keADILan. "

No comments: