Tuesday, September 16, 2008

Kebanjiran rakyat asing menimbulkan masalah sosial!

Kejadian yang menimpa Allahyarham Raja Noriana Raja Ahmad di Seksyen 13 di mana beliau meninggal dunia akibat kekejaman perompak Indonesia yang telah menikam dan mengelar lehernya serta cuba membakarnya begitu menyayatkan hati lebih-lebih lagi peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan yang mulia.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin!

Penjenayah kini terutama berbangsa asing dan bukan rakyat Malaysia boleh menjadi begitu kejam dan tidak berhati perut bila merompak mangsanya.

Apatah lagi jika diketahui mereka, yang mereka sudah dikepung oleh polis.

Penjenayah kejam dan tak berhati perut, tanpa mengira warganegara Malaysia atau warganegara asing wajar ditumpaskan dengan apa jua cara oleh pihak polis walaupun ditembak mati kerana mereka begitu kejam dan sanggup membunuh mangsa.

Dalam tragedi yang menimpa Raja Noriana Raja Ahmad, 2 penjenayah Indonesia ditembak mati dan 2 lagi rakan penjenayah ditangkap polis.

Dalam pada itu, negara kita juga kini dibanjiri kedatangan rakyat Afrika. Kenapa pihak imigresen begitu mudah melepaskan rakyat asing masuk ke negara kita?

Sepatutnya rakyat asing yang datang dan tinggal melebihi tempoh lawatan harus dijejaki dan dihantar pulang kerana mereka tidak memahami budaya hidup rakyat Malaysia dan begitu bising dan tidak berdisiplin.

No comments: