Monday, September 8, 2008

Jangan diberi muka pada Pakatan Rakyat nanti!

Kenapa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga mengeluarkan kenyataan angkuh apabila mengatakan lawatan untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dan Kapar sebagai membuang masa dan membazirkan wang?

Inikah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi Menteri Besar Selangor?

Kata-kata beliau yang sering lain di mulut lain dihati ini diragui juga kerana sering cakap tak serupa bikin.

Datuk Mohd Zin Mohamed selaku Menteri Kerja Raya pula telah mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan kerana merasakan program turun padang melawat rakyat ditimpa musibah sebagai perkara membuang masa dan membazirkan wang.

Malahan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah pun sudah melawat mangsa dan menghulurkan bantuan RM300 kepada 340 keluarga yang rumah mereka mengalami kerosakan teruk sehari selepas kejadian.

Sumbangan RM100,000 turut dihulurkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk membeli dan menggantikan atap rumah yang rosak.

Ingatlah peribahasa Melayu yang berbunyi "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa".

No comments: