Tuesday, August 26, 2008

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Tahniah diucapkan di atas usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh Jentera BN Selangor yang sanggup turun ke Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.

Antara yang sudah pun ke sana sebelum hari penamaan calon lagi ialah Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, selaku Ketua Pembangkang, Tan Sri Muhamad Muhd Taib, selaku Pengerusi BN Selangor, Dato' Ong Tee Keat, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ir Mohd Zin, Ahli Parlimen Sepang, ADUN Datuk Amiruddin Sutero, dan ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Barisan Nasional haruslah mengukuhkan perpaduan parti-parti di dalam BN dan juga ahli-ahli dalam parti masing-masing juga bagi memastikan BN sentiasa kuat.

Sama-samalah kita lihat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh pada malam ini dan diharapkan agar usaha dan kerja kuat BN berbaloi walaupun mendapat pelbagai halangan dan ancaman serta tindakan ganas daripada pihak pembangkang terutamanya penyokong PKR.

No comments: