Wednesday, August 6, 2008

Mengawasi kegiatan warga asing!

Berita yang memaparkan tumpasnya sindiket 'black money' dipelopori oleh warga Afrika di Puchong adalah satu berita yang baik untuk penduduk di Puchong.

Tahniah diucapkan kepada pihak polis yang telah berjaya menumpaskan 3 penjenayah warga Afrika yang cuba mengacukan parang serta menyerang pihak polis. Penjenayah sebegini tidak kira dari mana mereka berasal memang patut menerima padahnya bila cuba melanggar undang-undang negara Malaysia sesuka hati mereka.

Polis memang mempunyai hak menembak mati mana-mana penjenayah yang mengancam nyawa mereka ketika menjalankan tugas.

Kelihatan begitu ramai warga Afrika yang semakin menumpu ke Selangor. Bilangan mereka juga meningkat di Bandar Sunway.

Penduduk di Pusat Bandar Puchong juga menyatakan rasa jelik mereka dengan sikap kurang sopan orang Afrika yang gemar minum arak, berpelesiran dengan kereta mewah serta beraksi menghairahkan di khalayak ramai, bertentangan dengan etika dan susila orang Timur.

Pihak berkuasa tempatan harus mengawasi kegiatan tidak senonoh warga Afrika itu yang tidak disukai penduduk tempatan.

Jangan pula rakyat sendiri terasa seperti mereka tidak lagi berada di Malaysia tetapi di negara asing kerana di mana-mana pun kelihatan warga asing yang lebih ramai.

Jangan jadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

No comments: