Wednesday, August 13, 2008

PAS jangan terus diperbodohkan DAP dan PKR!

Pas harus bertegas di dalam Pakatan Rakyat. Jangan membiarkan DAP dan PKR yang berkefahaman sekular berkuasa lebih dari PAS dan mengarahkan pemimpin PAS itu dan ini.

Kenyataan Choong Siew Onn selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras bahawa DAP memegang kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957 iaitu memperjuangkan hak rakyat tanpa mengenal kaum, bangsa dan agama adalah sama dengan Malaysian Malaysia dan komunisme.

Tapi sudah terbukti Komunisme juga gagal bila negara Barat yang mengamalkannya pun sudah tidak mengamalkan komunisme.

Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman Othman pula mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menyatakan PKR dan DAP lebih ikhlas dan buktinya ialah PKR dan DAP telah memberi laluan kepada PAS untuk mentadbir Perak meskipun kerusi DUN dimonopoli oleh DAP.

PAS tidak harus tunggu 16 September untuk keluar dari Pakatan Rakyat kerana sudah tentu PKR dan DAP tidak akan perjuangkan isu Islam dan penubuhan negara Islam. Keluarlah sekarang kerana jika PAS keluar sudah tentu DAP dan PKR tidak akan dapat berkuasa di 4 negeri itu.

DAP dan PKR harus diajar kerana begitu bongkak, angkuh dan memperkotak-katikkan orang Melayu dan agama Islam dan PAS pula nampak membiarkan sahaja mereka bertindak demikian.

Lebih baik PAS bersatu dengan UMNO dan bermubahalah sesama Islam agar orang Melayu dan agama Islam akan bertambah kuat di Malaysia.

No comments: