Wednesday, August 20, 2008

Perlakuan ganas penyokong Pakatan Rakyat!

Terdapat banyak berita yang kurang sedap didengar berkaitan dengan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Tak cukup dengan insiden memukul jurufoto oleh penyokong PKR, kini terdapat pula cubaan untuk mengugut dan menakut-nakutkan pengundi di Permatang Pauh bagi menghalang mereka keluar mengundi pada 26 Ogos 2008 ini.

Sementara itu salah seorang dari 3 orang suspek yang ditahan polis kerana disyaki memukul jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Mohd Sairien Nafis merupakan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Batu, di Wilayah Persekutuan.

Lempar batu sembunyi tangan. Itulah peribahasa yang amat bersesuaian untuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat umumnya dan pemimpin dan penyokong PKR khususnya.

Siapa yang akan mengaku ahli atau penyokong atau pemimpin mereka bertindak macam samseng jalanan dan membelasah orang yang tidak bersalah?

Kalau pemimpin sendiri penyanyak, penyokong pula 100 kali lebih teruk lagi dari pemimpin mereka. Itulah hakikatnya yang dapat dilihat pada peristiwa 1998 sewaktu Reformasi dulu.

Pemimpin PKR memang pandai bersandiwara untuk mengenakan jarum halusnya agar dikasihani oleh penyokong mereka yang begitu taksub dan tertipu kerana tidak melihat kepada fakta siapa sebenarnya pemimpin PKR itu.

PAS pula menjilat muntah sendiri kerana dulu pada suatu masa mereka sendiri mengutuk dan mengecam pemimpin de facto PKR tetapi sekarang sanggup pula bersekongkol dengan orang yang mereka benci dan kutuk dulu.

Itulah ulama politik yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan politik mereka. Mereka ini talam dua muka dan langsung tidak boleh dipercayai.

No comments: