Tuesday, January 13, 2009

2009 tahun penuh getir

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor mengatakan di sebalik kemeriahan sambutan 2009, negara kita sebenar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan menjadi ujian getir kepada pucuk kepimpinan negara.

Antaranya ialah dari segi politik, ekonomi dan juga tidak terasing masalah dalam pentadbiran negara.

Dari segi masalah ekonomi, kerajaan perlu berupaya untuk menyelesaikan isu-isu ekonomi seperti kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit yang jatuh menjunam kerana ini akan memberikan masalah pendapatan kepada petani, peneroka dan peladang.

Walaupun rakyat gembira dengan kejatuhan harga minyak di pasaran dunia kerana ia mengurangkan harga petrol, sedikit sebanyak ianya juga mengurangkan pendapatan negara.

Cabaran politik juga begitu hebat kerana masalah krisis imej yag dihadapi oleh UMNO dan Barisan Nasional yang telah menjadi tunjang sejak merdeka.

Pakatan Rakyat pun berada dalam keadaan kucar kacir dan ini boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan politik di masa hadapan.

Sokongan dan kepercayaan rakyat harus dipulihkan semula oleh UMNO dengan memperlihatkan kewibawaannya semula bagi memberi isyarat jelas kepada pelabur bahawa politik dalam negara masih lagi dalam keadaan stabil.

Dalam pada itu juga Datuk Seri Khir menyatakan kebimbangan belaiu terhadap masalah yang wujud dalam kepimpinan kerajaan apabila wujud segelintir pegawai kerajaan yang tidak memberi komitmen sepenuhnya dan memberikan imej negatif kepada kerajaan.

Beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa lapan tahun menjadi Menteri Besar Selangor di mana kerajaan tidak boleh menjadi satu entiti yang berkesan tanpa kerjasama dan komitmen daripada para pegawai kerajaan.

Mutu dan imej perkhidmatan awam haruslah diperbaiki di mata masyarakat sekaligus mengembalikan keyakinan pengusaha dan pelabur.

No comments: