Monday, January 19, 2009

Adakah pembelian kereta Toyota Camry melibatkan rasuah?

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor begitu yakin bahawa akan ada pihak yang akan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tentang pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan negeri.

Ini kerana keyakinan beliau itu timbul akibat dari perbuatan pembelian 15 kereta Toyota Camry bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive telah menimbulkan keraguan keraja tidak mengikut tender terbuka.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan ini kepada pihak akhbar, "Saya pasti akan ada pihatk NGO yang membuat laporan kepada BPR berhubung proses pembelian kereta tersebut kerana ini adalah satu pembohongan kepada rakyat. Pada pilihan raya Mac lalu, mereka kata tidak akan tukar kereta tetapi tidak sampai setahun memerintah sudah beli kereta baru."

Malahan, harga sebuah Toyota Camry juga jauh lebih mahal dari Proton Perdana V6, dan kereta rasmi itu juga telah baru digunakan tidak sampai lima tahun pun.

Mungkinkah Menteri Besar Selangor itu berbohong apabila mengatakan kos pembelian Toyota Camry tidak melebihi RM1.3 juta kerana sebelum ini pun telah didedahkan bahawa pembelian 14 buah Toyota Camry itu dianggarkan dalam RM2.1 juta???

Tan Sri Khalid Ibrahim juga cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan hanya 10 buah Toyota Camry dibeli sedangkan sumber maklumat yang diterima mengatakan pesanan dibuat adalah 15 buah dengan harga RM2.5 juta.

Tan Sri Khalid juga cuba memperbodohkan rakyat dengan justifikasi bahawa proses pembelian kereta dilakukan secara sebut harga dengan memanggil pengedar-pengedar kereta lain termasuk Proton, Honda dan sebagainya.

Kenyataannya yang bertambah tak masuk akal ianya harga 10 buah kereta Perdana V6 adalah lebih mahal dari Toyota Camry 2.5v.

Khalid ni memang seakan-akan seperti pucuk eru, ke mana angin yang keras ke sana condongnya.

Terdapat dua persoalan yang masih memerlukan jawapan iaitu siapakah gerangannya pengedar Toyata Camry yang berjaya mendapat tender bekalan kereta itu dan adakah EXCO YB Ronnie Liu mempunyai pengaruh atau kepentingan tersendiri dalam pembelian ini kerana nyata beliaulah orang yang menggesa kerajaan negeri menukar kereta Proton V6 kepada Camry.

No comments: