Monday, January 5, 2009

Sebelum jadi pemimpin tak akan lihat masalah dihadapi pemimpin!

Terbukti bahawa PKR tidak dapat menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

Pada awalnya Anwar Ibrahim begitu teruja mempromosikan 16 September sebagai tarikh pengambilalihan kerajaan Persekutuan dari Barisan Nasional dan kononnya Pakatan Rakyat akan dapat memerintah.

Tetapi sehingga kini, apa yang dijanjikan itu tidak kelihatan pun.

Niat di hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai...

Dalam pada itu pula, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyokong tindakan itu dan menganggap tindakan itu adalah petanda awal Manikavasagam akan keluar dari PKR yang semakin hari semakin parah akibat keretakan dalaman.

Beliau menambah perletakan jawatan itu juga disebabkan janji-janji yang ditaburkan kononnya untuk membantu kaum India oleh PKR sebelum ini , tetapi ianya tidak dapat dilaksanakan sehingga memaksa Manikavasagam meletakkan jawatan kerana kecewa.

Setelah menjadi ahli Parlimen, barulah Manikavasagam tahu tentang perbelanjaan makan minum yang banyak ketika berurusan di bawah kerana sebelum ini wakil rakyat Pakatan Rakyat hanya tahu mempersoalkan elaun keraian wakil rakyat kerana mereka tak pernah berada ditempat wakil rakyat.

Setelah menjadi wakil rakyat tanpa wang dan kuasa baru mereka tahu betapa sukarnya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sekarang walaupun dulu kerajaan BN pernah difitnah dan dikeji dengan pelbagai umpatan kerana peruntukan dan bantuan yang diberikan kepada wakil rakyat.

Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

No comments: