Wednesday, January 21, 2009

Jangan jadikan isu perkauman sebagai mainan politik


Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata pihak tertentu sedang membangkitkan isu perkauman untuk kepentingan politik semata-mata.

Tambahnya, isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ianya akan mengguris hati masyarakat yang hidup berbilang kaum, bangsa dan agama.

Beliau mengulas, "Ada pihak kata, UMNO untuk orang Melayu dan hanya menjaga kepentingan orang Melayu sahaja. Sedangkan kalau kita lihat, UMNO adalah parti pertama yang mengajak orang Melayu, Cina dan India bersatu dalam politik."

Isu ini harus dihentikan segera kerana akan merosakkan hubungan baik antara kaum dan hanya memberikan untung jangka pendek kepada pihak yang berkepentingan.

Datuk Seri juga menambah, "Kita harap sangat PKR (Parti Keadilan Rakyat) hentikan mainan isu politik. Janji banyak sangat ditaburkan tapi tak kotakan, rakyat yang tertipu dengan mainan politik pembangkang,".

No comments: