Monday, May 12, 2008

Hanya pengkhianat negara akan takut pada Akta Hasutan 1948!

Dakwaan bahawa kerajaan Barisan Nasional berselindung di sebalik Akta Hasutan 1948 dengan dakwaan ke atas Raja Petra Kamarudin , pengendali Laman Web Malaysia-Today adalah satu tuduhan yang liar dan tidak berasas sama sekali.

Sesetengah tuduhan itu tidak perlu dijawab sekiranya ianya hanya satu rekaan yang tidak berasaskan realiti kerana pihak yang menuduh akan mendapat lebih momentum jika tuduhan itu dijawab.

Adalah lebih baik mendiamkan diri dari meniup lagi ke atas api yang cuba dimulakan oleh pihak pembangkang yang tidak pernah berhenti dari cuba menjatuhkan kredibiliti dengan menyerang peribadi seseorang pemimpin UMNO itu terutamanya.

Oleh itu, tindakan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) yang mendesak agar Parlimen memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 bagi mengelakkan sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan oleh kerajaan BN itu membuktikan sikap mereka yang membaling batu sembunyi tangan.

Sekiranya seseorang itu atau sesuatu entiti itu tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mensabitkannya di bawah Akta Hasutan 1948, kenapa perlu takut kepada akta yang digubal untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat Malaysia?

Malahan sekiranya jikalau ditakdirkan PKR berkuasa memegang tampuk pemerintahan Malaysia ini, diyakini bahawa undang-undang lebih zalim akan diperkenalkan untuk melindungi segelintir pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim yang sudah dibuktikan bersalah kerana salah laku seksualnya serta kegiatan rasuahnya dulu sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Siapa boleh melupakan tindakannya yang cuba campur tangan di atas tuduhan rasuahnya dulu?

No comments: