Monday, May 26, 2008

Isu Balkis: Tan Sri Khalid Faham Separuh-separuh

Sidang DUN jumaat lalu, dan kenyataan kepada Malaysiakini.com, menyaksikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, masih keliru dalam isu Balkis. Walaupun beliau mula faham bahawa Balkis bukan merupakan pertubuhan milik kerajaan negeri dan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas pertubuhan bukan kerajaan.Namun masih ada niat jahat Tan Sri Khalid yang membuat kenyataan mengelirukan mengenai kedudukan kewangan Bakis. Beliau antara lain membuat kenyataan seolah-olah wang Balkis yang sepatutnya membantu orang miskin dibelanjakan untuk pembelian pakaian sukan dan penganjuran sukan.

"Balkis mengeluarkan RM100,000 bagi menganjurkan kegiatan sukan, program amal sempena Deepavali (RM200,000), program amal sempena Hari Raya (RM250,000), pakaian program amal (RM100,000), makanan semasa sukan (30,000) dan cenderahati orang kenamaan (RM36,000)Selain itu, beliau juga mendedahkan perbelanjaan sebanyak RM158,000 untuk pakaian sukan anggota Balkis dan RM121,000 bagi baju batik untuk pasangan anggota Balkis sempena sukan pertubuhan itu."

Apa yang tidak beliau nyatakan, atau sememangnya beliau tidak tahu, bahawa Balkis mempunyai akaun berasingan untuk sumbangan kepada golongan yang perlu dibantu dengan akaun yang khas untuk kegunaan majlis-majlis anjuran Balkis.

Untuk rekod, Balkis akan memohon sumbangan khusus yang dinyatakan secara jelas bagi tujuan penganjuran acara atau majlis yang akan diadakan. Dalam konteks inilah butiran kewangan mengenai pembelian pakaian sukan dan pakaian batik oleh Balkis merupakan tajaan daripada Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) secara khusus untuk Sukan Tahunan Isteri-isteri Wakil Rakyat Se-Malaysia 2007.

Balkis telah mendapat tajaan daripada PNSB sejumlah RM 158 ribu untuk pembelian pakaian sukan dan RM 121 ribu untuk baju batik sempena Sukan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Se Malaysia. Pakaian sukan diberikan kepada semua peserta dan petugas yang melibatkan lebih 500 orang. Manakala pakaian batik semua peserta sukan dan para tetamu kehormat bagi majlis perasmian dan penutup yang di hadiri oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, semua anggota kabinet, para Menteri Besar dan EXCO kerajaan Negeri.

Ini merupakan program yang besar kepada negeri Selangor kerana melibatkan semua persatuan isteri-isteri wakil rakyat di Malaysia dan Selangor menjadi tuan rumah sekali dalam masa 12 tahun.

Pakaian-pakaian tersebut dibeli dengan harga yang berpatutan dan telah melibatkan ramai ahli-ahli Balkis dan isteri-isteri pegawai kerajaan negeri Selangor. Adalah tidak wajar mengatakan Balkis menyalahgunakan kewangan yang disumbangkan oleh PNSB.
Menganjurkan program sebesar itu dengan menggunakan kewangan yang sedemikian adalah berpatutan.

Sumbangan lain adalah untuk kebajikan yang diagihkan kepada semua yang memerlukan bersempena perayaan-perayaan besar di Malaysia. Tiada penyalahgunaan wang untuk lawatan ke luar negara seperti yang didakwa oleh pihak tertentu sebelum ini.

Kita faham Tan Sri Khalid masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Balkis bukanlah di bawa pentadbiran kerajaan negeri. Balkis ditubuhkan sebagai badan amal di bawah kawalan Pendaftar Pertubuhan. Segala laporan adalah dihantar terus kepada ROS bukan kepada kerajaan negeri.

Hanya ahli Balkis yang berhak untuk mengetahui kedudukan sebenar persatuan tersebut. Kita sekali lagi ingin tekankan bahawa Balkis bukanlah milik kerajaan negeri atau pun merupakan pertubuhan yang dimiliki oleh kerajaan negeri.

Sekadar nasihat, diharapkan Menteri Besar dapat bekerjsama rapat dengan Penasihat Undang-undang Negeri sebelum membuat keputusan untuk mencampuri urusan orang lain.Namun jika masih belum berpuas hati, kita mengalu-alukan sebarang tindakan atau laporan kepada pihak berkuasa jika dikatakan terdapat rasuah.

Kita juga berharap kerajaan Pakatan Rakyat tidak menggunakan isu ini untuk mengabui mata rakyat Selangor atas kegagalan mereka untuk melaksanakan manifesto pilihan raya ke 12 mereka.

Sekiranya Pakatan Rakyat berhasrat untuk membantu orang kurang bernasib baik, adalah elok dan molek mereka menubuhkan sebuah persatuan baru bernama Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Pakatan Rakyat. Dan Barisan Nasional tidak akan mencampuri urusan mereka.

Dipetik dari pembangkangselangor.com

2 comments:

Anonymous said...

khalid Ibrahim ni bukan paham apa-apa. Tengok lepas dia keluar Guthrie... ada sesapa ambil dia kerja?

Anonymous said...

Orang tamak selalu rugi... Tamakkan duit Balkis nampaknya... Inilah jenis muka tak malu, duit orang pun diidamkannya.