Thursday, May 29, 2008

Haramkan Islam Hadhari tapi halalkan babi?

Pada 26 Mei 2008 yang lepas, Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengumumkan pengharaman sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari.

Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali selaku Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri memaklumkan bahawa semua masjid dan surau di Selangor tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang berkonsepkan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mempersoalkan kenapa Datuk Dr. Hassan Ali begitu angkuh dan sombong kerana tak menutup kilang arak dan ladang babi seperti yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini kerana kedua-duanya diharamkan dalam Islam, sebaliknya mengharamkan Islam Hadhari iaitu usaha untuk diterapkan dalam pembangunan umat Islam.

Tambah Dr Khir, mereka sanggup haramkan Islam Hadhari yang kononnya menyesatkan umat Islam tetapi membiarkan begitu saja ancaman sebenar iaitu ajaran sesat yang semakin bercambah di negeri ini.

Sementara itu seorang pembaca Utusan Malaysia yang menggunakan nama samaran Antikhinzir dari Bayan Lepas mempersoalkan hipokrisi Datuk Dr. Hassan Ali yang membacakan ayat-ayat al-Quran untuk mengharamkan apa yang tidak haram.

Sedangkan tidak menentang projek mega ternakan babi di Sepang dan tidak pula membacakan ayat-ayat Quran tentang babi yang merupakan najis berat dan haram untuk disentuh serta dimakan.

Begitulah sikap bermuka-muka seorang pemimpin Pas yang akan menghalalkan apa saja demi untuk kepentingan DAP dan PKR, jadi di manakah perjuangan mereka untuk menegakkan Islam yang diwar-warkan dengan hebatnya sebelum ini?

Tongkat membawa rebah nampaknya.

No comments: