Friday, May 30, 2008

Tugas sebagai Ketua Pembangkang di Selangor.

Di dalam temuramah Datuk Seri Mohamad Khir Toyo bersama dengan Ketua Editor Sinar Harian, Sabd Jalkil Ali, beliau telah memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti beliau selepas menjadi Ketua Pembangkang di negeri Selangor.

Matlamat tetap sama iaitu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat di samping membuat 'homework' tentang masalah rakyat sebelum disuarakan supaya pembangkang di Selangor mempunyai 'substance' dan bukan hanya semata-mata membangkang kerajaan.

Datuk Seri Khir juga memaklumkan pihak Kerajaan negeri Selangor seakan-akan alergik setiap kali beliau membangkitkan perkara-perkara berkenaan janji-janji di dalam manifesto pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

Tumpuan Datuk Seri Khir sebagai ketua pembangkang sekarang ialah memastikan apa yang telah dijanjikan dalam manifesto akan dilaksanakan kerana tujuan utama rakyat mengubah kerajaan ialah kerana inginkan perubahan.

Dan dengan desakan berterusan daripada pembangkang untuk menuntut janji-janji pilihan raya, pihak pembangkang Selangor sudah membantu rakyat yang sedang menunggu janji-janji kerajaan Selangor yang ditaburkan baru-baru ini.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor pula kelihatan seperti anjing tersepit apabila terpaksa memberikan alasan demi alasan dalam menangguhkan janji-janji tersebut malahan juga apa yang tertera di dalam manifesto kita diubah sesuka hati bila mereka mengatakan bahawa hanya keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 yang layak menerima semua yang telah dijanjikan itu.

Tak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa mencari kesalahan-kesalahan dan kelemahan-kelemahan kerajaan negeri sebelumnya untuk dikritik sebagai satu cara mengalihkan perhatian orang kepada janji-janji mereka dulu.

Dalam pada itu juga, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo juga menjelaskan tentang hasratnya untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda kerana beliau merasakan beliau mampu menangani masalah anak muda tidak suka UMNO.

No comments: