Monday, June 2, 2008

Politik perkauman tidak mungkin terhapus di Malaysia

Komen di blog www.drkhir.com pada 31 Mei 2008 benar-benar menarik minat saya.

Di dalam blog Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang bertajuk Cetusan Dr. Mohamad Khir Toyo bertajuk "Melayu di Persimpangan" itu mempersoalkan Hindraf dan Dong Jia Zhong yang menunjukkan dua kumpulan ini bercorak ultra kepada kaum mereka.

Ultra ini merujuk kepada kumpulan eksterim yang melihat kepentingan bangsa atau puaknya semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan bangsa atau kaum lain. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja tindakan demi menjaga kepentingan kaumnya tanpa mempedulikan kesan dan akibat tindakan tersebut.

Sementara itu, jika Melayu menjadi lebih liberal maka bagaimana dengan nasib anak bangsa kita sekarang.

Puak Liberal pula pihak yang sentiasa terbuka kepada pelbagai pendapat dan tidak meletakkan bangsanya sebagai agenda. Sebaliknya hanya memperjuangkan kesamarataan dan logik akal semata.

Sementara itu pula, Datuk Seri juga menegaskan bahawa politik perkauman tidak dapat dileraikan di dalam negara kita yang berbilang kaum serta mengamalkan perbezaan agama, budaya dan bahasa.

Banyak pihak-pihak yang mempromosikan penolakan terhadap politik perkauman kini tapi ternyata mereka juga ultra kepada kaum mereka sendiri seperti DAP.

Jika dilihatkan kebanyakan pemimpin di dalam DAP pun terdiri dari kaum Cina, India dan Benggali.

Jadi bagaimana pula mereka boleh menwar-warkan penolakan politik perkauman sedangkan mereka pun mengamalkan perkauman juga?

2 comments:

Administrator said...

Hang la orang yg paling bodoh di selangor. Bebal, ada otak tapi hang tak boleh pikiak.

sokong_kerajaan said...

Orang yang otak lembu ialah penyokong pemimpin de facto PKR yang merupakan 'gay boy' tajaan Yahudi.