Sunday, June 8, 2008

Kenapa persoalkan mana untung Petronas?

DAP dan PAS kini begitu lantang mempersoalkan tentang untung Petronas yang sepatutnya digunakan untuk memberi subsidi kepada rakyat Malaysia.

Apa hak mereka untuk mempersoalkan tentang untung Petronas sedangkan Petronas adalah sebuah syarikat Berhad?

Malahan temuramah di antara Sinar Harian bertarikh 8 Jun 2008 bersama dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), syarikat minyak nasional Petronas menerangkan kenapa ianya tidak dapat dilaksanakan.

Tahun lepas sahaja subsidi minyak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ialah RM56 bilion.

Oleh itu, cakap-cakap kosong oleh PR bahawa mereka akan menurunkan harga minyak jika dapat memerintah di peringkat Pusat adalah sama sekali tidak munasabah dan mustahil untuk dilaksanakan.

Bercakap memang mudah, bak kata pepatah lidah tidak bertulang tetapi realitinya adakah semudah yang diperkatakan itu?

Tan Sri Mohd Hassan Marican selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Petronas itu memberi kenyataan beliau.

"Petronas adalah satu badan perniagaan, satu syarikat." "Kita tidak boleh memberi semua keuntungan dari operasi kita kepada kerajaan."

"Sebahagian dari keuntungan yang diperoleh perlu kita gunakan untuk dilaburkan semula bagi memastikan syarikat ini akan terus berjalan dan berdaya maju."

"Dalam keadaan sekarang pelaburan semula amat penting sebab kos untuk kerja-kerja mencari gali di telaga-telaga baru seluruh dunia semakin tinggi. Kita bukan sahaja mencari minyak di kawasan laut dalam, tetapi di kawasan 'ultra deep water'."

"Sekiranya semua keuntungan dikembalikan kepada kerajaan untuk dijadikan subsidi minyak, kita tidak berupaya untuk bertahan, mungkin sepuluh tahun lagi kita tidak dapa beroperasi."

"Petronas tidak untung walau sesen pun dengan harga baru itu."

Kos mencari gali di kawasan 'ultra deep water' teknologi tercanggih terpaksa digunakan dengan kosnya meningkat lebih 200% berbanding kos pada awal penubuhan Petronas 30 tahun lalu.

Sejak ditubuhkan 1974, syarikat menyumbang sebanyak RM335.7 bilion kepada kerajaan daripada keseluruhan untung berjumlah RM570 bilion.

Malahan bagi tahun kewangan Mac 2007 Petronas menyumbang sejumlah RM52.3 bilion kepada perbendaharaan.

Jumlah itu adalah kira-kira 60 hingga 65% daripada keseluruhan keuntungan Petronas dan hanya 34% yang diambil oleh Petronas untuk dilaburkan semula.

Malahan juga realitinya banyak keuntungan Petronas digunakan untuk membantu syarikat-syarikat kerajaan yang bermasalah contohnya RM3.5 bilion telah dibelanjakan sepanjang tempoh 5 tahun dalam membantu Bank Bumiputra, bank kedua terbesar tetapi dengan keuntungan paling sedikit.

Dipetik dari www.isuhot.com

2 comments:

angah said...

salam..maaf yer..dr tulisan pnulis saya melihat penulis pun tidak memahami aper makna syarikat berhad..syarikat berhad sepatutnya menperdagangkan saham dan mengumumkan aset syarikat di bursa-2 saham..tetapi petronas tidak..jika petronas sebuah syarikat berhad..maner pemegang-pemegang saham? jika ader pemegang saham bermakna petronas mesti mengumumkan keuntungan setiap tahun seperti di lakukan syarikat berhad yg lain..di harap penulis berlajar dahulu perdagangan baru penulis tentang petronas..aper yg penulis tulis hanya ambik keratan akhbar dr temubual dgn ceo petronas..drp tulisan penulis saya lihat penulis pun tidak memahami aper maksug syarikat berhad.. dan utk maklumat penulis petronas adalah milik seluruh rakyat malaysia....selepas saya akan menerangkan lebih jelas tentang petronas di blog sayer...

sokong_kerajaan said...

Eh aku ni lulusan perakaunan... Mestilah aku arif apa itu syarikat berhad...

http://cikgusila.blogspot.com/2008/01/syarikat-berhad.html

Sila rujuk apa makna syarikat berhad kalau kau bukan graduan perakaunan..