Tuesday, June 10, 2008

Kesian pada Husam Musa!

Pas ni tidak habis-habis dengan memainkan isu Petronas dan kenaikan harga minyak di Malaysia.

Cara penerangan oleh Husam Musa, Naib Presiden PAS juga membuktikan dia memang tak tahu apa-apa tentang Petronas, pentadbirannya serta apa fungsi dan sumbangan Petronas terhadap negara Malaysia.

Kalau diri sudah tak berpengetahuan, jangan nak seret orang lain pun jadi bodoh sama.

Malahan penulis pun sudah menerangkan di dalam artikel di dalam pautan di bawah:-

http://www.isuhot.com/modules.php?name=News&file=article&sid=438

Artikel tersebut yang bertajuk "Kenapa persoalkan mana untung Petronas?" harus dibaca oleh semua orang bagi memahami keadaan semasa yang berlaku kini.

Terdapat juga satu temuramah di antara Utusan Malaysia dan juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican pada 2 Julai 2006 yang menerangkan tentang Petronas dan apa yang telah dibuat oleh Petronas untuk membantu rakyat Malaysia sewaktu kekecohan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen sewaktu itu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2006 sahaja, Petronas sudah memulangkan balik RM41.7 bilion dalam bentuk royalti, dividen, cukai dan duit import.

Di dalam artikel oleh Utusan Malaysia itu juga yang bertajuk "Bukan sekadar kejar untung" disiarkan pada 2 Julai 2006, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menerangkan tentang Petronas yang telah menubuhkan universitinya yang tersendiri iaitu Universiti Teknologi Petronas, sebuah universiti swasta yang mengenakan yuran yang sangat murah.

RM497 juta dibelanja untuk kos mengurus Universiti Teknologi Petronas dan itu tidak bermasuk buat universiti dan peralatan. Seramai 16,000 orang penuntut sudah diberikan biasiswa di peringkat universiti dan 11,800 biasisiwa untuk budak-budak kurang upaya di peringkat sekolah menengah.

Sejak penubuhan Petronas juga banyak pelatih telah ditaja Petronas di banyak pusat latihan termasuk pusat latihan Akademi Laut Malaysia (Alam) di Melaka dan juga di Institut Teknologi Petronas, Batu Rakit, Terengganu.

Petronas juga ada program latihan kimpalan peringkat tinggi 6G dengan Institut Kemahiran Mara (IKM) sejak tahun 1992 di mana pelajar-pelajar yang gagal dalam SPM dilatih dan sijil kepakaran tinggi ini menjadikan mereka laku di seluruh dunia.

Tapi sumbangan sebegini oleh Petronas kepada rakyat Malaysia taklah glamor jadi tidaklah mendapat perhatian dari pihak pembangkang yang hanya tahu mempersoalkan perkara remeh seperti "Mana untung Petronas? Kenapa tak guna untuk subsidi?"

Petronas juga harus menggunakan untungnya untuk operasi Petronas di luar negara.

Tidak termasuk tanggungjawab sosial yang ditunaikan oleh Petronas dalam membiayai penyelidikan kanser yang dilakukan oleh saintis tempatan di Subang Jaya yang menunjukkan perkembangan menggalakkan.

Itu semua bukan guna modal air liur macam pemimpin pembangkang yang dok buat cerita bukan-bukan, macam orang tak berpendidikan.

Petronas juga mempunyai program dengan Pemadam (yang dibelanjakan berjuta-juta ringgi termasuk program kesedaran), membantu Yayasan AIDS, sukan Malaysia dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia.

Petronas juga membina masjid (bukan macam Pas yang cakap berdegar-degar tentang perjuangkan Islam tapi satu masjid pun tak mampu di bina di Kelantan, terpaksa guna masjid yang sudah sedia ada dan dibina oleh kerajaan BN sebelumnya), paling dekat di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di Kertih, Terengganu, Kirudong di Sarawak dan Tangga Batu, Melaka termasuk di Tronoh, Perak.

Jadi apa lagi yang nak diputar belitkan oleh Pas, PKR dan DAP? Yang lahir menunjukkan yang batin.

Cakap tak serupa bikin tapi tak habis-habis nak salahkan kerajaan dan cari kesalahan orang lain. Kuman di seberang laut nampak, gajah di batang hidung tak nampak.

Begitulah sikap munafik dan hipokrit Penipu Rakyat yang hanya bersemangat bila bercakap tapi bila nak melaksanakan sesuatu, indah khabar dari rupa.

Petikan dari www.isuhot.com

No comments: