Friday, June 20, 2008

100 hari selepas Pakatan Rakyat berkuasa

Di dalam satu sidang akhbar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pengakuan ada masanya Pakatan Rakyat tidak boleh mengaku akan mampu melaksanakan janji-janji manifesto mereka kerana tidak tahu bagaimana prosesnya dan dari mana pendapatan dapat dijana untuk menunaikannya.

Itulah yang dilaporkan oleh laman web Bernama pada 20 Jun 2008 versi B. Inggeris.

Jadi ini jelas membuktikan bahawa Menteri Besar Selangor secara terang-terangan mengaku kepada rakyat Selangor tentang ketidakmampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji-janji mereka yang telah dibuat dalam PRU ke 12.

Badan sudah dua senyawa.

Bagai meramas biji cempedak jadi apakah yang mampu dilakukan oleh rakyat Selangor untuk memastikan mereka menunaikan janji-janji mereka membela rakyat?

Sebagai contoh dulu berjanji untuk menghulurkan RM1,000 kepada semua anak Selangor yang berjaya ke Universiti tetapi sekarang sudah diubah sesuka hati kepada hanya keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Kalau macam tu, nampaknya kerajaan Pakatan Rakyat tak amanah kerana sepatutnya semua pelajar di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang patut ditolong bukan hanya segelintir saja tanpa mengira pendapatan keluarga seperti yang tertera sebelum ini di dalam manifesto bersama Pas dan PKR.

Campak bunga dibalas dengan campak taik. Begitulah ibarat tindakan kerajaan negeri Selangor kepada rakyat yang telah memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

1 comment:

datuk said...

Betul cakap saudara! Seolah-olah takde beza langsung dari kerajaan yang dibuang selepas 080308. Baru 100 dah macam kerajaan dulu yang memerintah 50 tahun. Takpe, lepas 4 tahun kita undi yang lain pulak.