Saturday, June 7, 2008

Syabas tidak akan memberikan air percuma

Terdapat percanggahan di antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dengan Kerajaan Negeri Selangor yang masih belum dapat mencapai keputusan bagi membolehkan rakyat menerima air percuma untuk 20 meter padu seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PRU 12 oleh Pas dan PKR.

Begitulah antara berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan berikutan pertelagahan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.

Malahan, Datuk Ruslan Hassan, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syabas memberitahu, "Sehubungan itu, Syabas akan mengeluarkan bil air kepada para pengguna di negeri Selangor seperti biasa tanpa ada sebarang penurunan atau potongan subsidi," dalam satu kenyataan kepada akhbar pada 5 Jun 2008.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dengan konfidennya mengatakan, "Isu ini dianggap sudah selesai dan akan diteruskan. Esok (hari ini), selesailah dan saya rasa, Syabas akan memasukkannya dalam akaunnya."

Tan Sri Khalid ni macam tak tau apa-apa kerana tindakan yang bakal diambil oleh Syabas bukan sahaja perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri Selangor, bahkan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) bagi pihak kerajaan pusat.

Inilah jadahnya bila berjanji sesuka hati tanpa dibuat penyelidikan dulu samada boleh dilaksanakan atau tidak.

Ternyata ini hanya taktik pembangkang yang hanya sudah tentu akan menuding jari pada kerajaan pusat kalau ianya tak dapat dilaksanakan sedangkan mereka sendiri pada hakikatnya tak mahu melaksanakannya.

Lidah memang tidak bertulang dan yang menjadi mangsa akhirnya ialah Rakyat Selangor juga.

No comments: