Thursday, June 12, 2008

Kerajaan Selangor akan potong elaun lebih 10%?

Nampak benar Kerajaan Pakatan Rakyat nak mengatasi Kerajaan Pusat dalam segala-galanya demi memenangi hati rakyat jelata.

Terbaru, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pengurangan elaun keraian bagi Menteri Besar dan Exco dengan jumlah lebih 10 peratus.

Bila ditanya wartawan samada ianya akan mencecah sehingga 50 peratus atau lebih lagi, beliau enggan pula mengulas.

Gila publisiti sungguh si Khalid ni. Begitu tinggi cita-citanya sedangkan janji-janji lain yang di dalam manifesto pun tak mampu ditunaikan.

Pemberian 20 meter padu percuma air bagi Selangor pun asyik ditangguh-tangguh dari kemenangan Pakatan Rakyat lagi selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

Dulu kata nak bagi pada bulan April selepas itu ditangguh ke bulan Jun tapi sampai sekarang pun tak boleh dibuat sebab Syabas pun sudah bagi alasan mereka kenapa ianya tak boleh dilaksanakan.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Baguslah kalau benar elaun akan dipotong lebih dari 10% dan diharapkan agar potongan itu akan dapat disalurkan menjadi subsidi kepada rakyat.

Yalah! Sedangkan RM1,000 yang dijanjikan kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti pun sudah diubah kepada hanya keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 yang layak mendapatnya bagaimana pula dengan janji-janji lain.

Di sini penulis sekali lagi mengulangi janji-janji manis Manifesto Barisan Alternatif, gabungan Pas dan PKR kepada rakyat sebagai peringatan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan juga rakyat Selangor sendiri.

Yalah takut-takut lupa atau buat-buat lupa sebab tak mampu dilaksanakan.

Bagi Sosial dan Kebajikan Rakyat, yang dijanjikan adalah seperti berikut:-

--> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
--> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
--> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
--> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
--> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
--> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
--> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
--> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
--> Memberi elaun ibu tunggal yang layak
--> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
--> Mewujudkan institusi menyelaraksn hal-ehwal agama selain Islam

No comments: