Tuesday, June 3, 2008

Kerajaan Selangor terdesak memenangi hati rakyat!

Apa nak jadi dengan Kerajaan Negeri Selangor ni? Nampaknya terdesak sangat nak memenangi hati rakyat dan menentukan mereka terus berkuasa pada PRU ke 13 nanti.

Sehinggakan terpaksa menjadi penjamin bank kepada setiap permohonan pinjaman penghuni setinggan yang ingin membeli kediaman sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A Samad, yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Pandan telah mendedahkan perkara tersebut pada 2 Jun kepada Sinar Harian edisi Selangor.

Sementara itu pula, Kerajaan Negeri Selangor masih meneruskan polisi setinggan sifar yang diilhamkan oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Nampaknya mereka juga tahu bahawa bekas Menteri Besar Selangor itu berniat baik dalam ingin memberikan rakyat Selangor terutamanya yang tinggal di setinggan, sebuah kawasan perumahan yang lebih baik dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas.

Lagipun, siapa yang rugi dalam hal kawasan setinggan itu, kedua-dua pihak, pemilik tanah dan penduduk setinggan juga yang rugi?

Sedangkan sebelum ini pun Datuk Seri Mohamad Khir mendedahkan bahawa Selangor telah memperuntukkan hampir RM200 juta untuk membeli tanah dan membina rumah kos rendah bagi penduduk setinggan di Selangor.

Harga rumah yang dijual kepada penduduk setinggan juga ialah RM35,000 berbanding dengan kos sebenar RM42,000 di mana ianya telahpun disubsidikan.


Penulis tak dapat membayangkan apa akan terjadi jika penghuni setinggan itu yang sudah mendapat pinjaman perumahan, tidak membayar balik pinjaman perumahan itu setelah beberapa lama.

Maka, Kerajaan Negeri Selangor yang menjadi penjamin bank bagi mereka pula yang terpaksa menjadi balaci bodoh yang harus menanggung bayaran balik pinjaman perumahan itu.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Selangor sebelum menjadi penjamin bank bagi penghuni setinggan, menandatangani perjanjian bertulis dengan penghuni setinggan yang menyatakan bahawa penghuni setinggan boleh didakwa di mahkamah jika mempergunakan penjamin sebagai batu loncatan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

saudara pengarang...saya terpanggil untuk memberi komen kepada saudara tentang komen saudara dkt blog tun dr.m berkaitan hal kenaikan minya...tuan cakap kenapa saintis x kaji pasal alternative power...
"Why are the scientists in Malaysia not researching on solar power or electrical power as an alternative?"
jgn cakap ikut sedap mulut...sudah banyak saintis kita yg duk kaji macam2 sumber alternatif..cuma yang jadi masalah nya adalah benda tu kurang di komersilkan...bukan tidak dikaji ..ok?...ok...sila kaji balik apa yang hendak anda cakapkan...jangan ikut sedap nk taip ja...

sokong_kerajaan said...

Bukan cakap ikut sedap taip... Tapi realitinya tenaga alternatif kurang dikomersialkan... Kenapa?

Boleh Cik Rabiah tolong jawab ke since you are so well-versed in that area?