Wednesday, July 8, 2009

Ng Sue Lim Emosional Bila Gagal Asak Khir Toyo

Keadaan selepas perasmian sempena sambutan 50 tahun DUN selangor sebentar tadi agak menarik apabila ADUN Sekinchan, YB Ng Sue Lim diminta bergambar dengan ADUN Sungai Panjang, YB Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Ketika itu juga Dr. Khir sempat mengucapkan "selamat berjumpa di mahkamah" kepada Ng Sue Lim. Ini menimbulkan riak yang kurang senang di wajah Ng.

Dalam wajah yang merah padam beliau menyatakan bahawa ia bersedia ke mahkamah. Tidak berpuas hati lagi, beliau meminta kunci Banglo Dr. Khir kononnya untuk membawa pembeli berpotensi melihat keadaan sekeliling.

Dr. Mohamad Khir memberi jaminan ia akan membenarkan jika pembeli yang dibawa oleh Ng bersedia membayar deposit RM 2.4 juta dan juga menunjukkan kemampuan untuk menyediakan wang sebanyak RM 24 juta kepada peguamnya.

Ng yang merah padam muka terus mengasak Dr. khir dengan kat-kata "bagi kunci, bagi kunci".

Tindakan ini terus ditempelak oleh ADUN Serdang, Dato Satim Diman yang menyergahnya, "buat apa kunci? you sudah tahu harga rumah RM 24 juta, apa lagi mahu nilai?."

Tindakan Satim menyebabkan Ng berundur sedikit dan kemudiannya membuat kenyataan kepada akhbar cina dalam bahasa mandarin.

Ng antara lain menyatakan bahawa tindakan Dr. Khir meminta 10% deposit terlebih dahulu menunjukkan bekas MB tersebut tidak mengikut undang-undang biasa menjual rumah.

Lebih aneh Ng juga mengaitkan permintaan tersebut sebagai bukti Dr. Khir tidak mempedulikan prosedur dan undang-undang semasa menjadi MB dahulu.

No comments: