Tuesday, July 7, 2009

Timbulkan isu baru untuk alih perhatian dari persidangan DUN


Hairan bin ajaib kenapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekincan, Ng Suee Lim begitu teruja untuk menyiasat dan membawa sekumpulan wartawan menyaksikan sendiri rumah mantan Menteri Besar Selangor.

Rumah Dr. Mohamad Khir bin Toyo yang terletak di Shah Alam itu didakwa dibina dengan kos RM20 juta, di mana tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

Nampaknya ini hanya satu propaganda politik sempit Ng kerana ini bagi mengalihkan isu-isu yang menyelubungi kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memandangkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bermula pada 8 - 16 Julai ini.

Jelas kelihatan kegopohan Ng Suee Lim dalam membuat tuduhan melulu itu kerana tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan itu.

Rumah tersebut beserta tanahnya telah dibeli dengan pinjaman bank HSBC berjumlah RM 3.5 juta dan ianya termasuk rumah dan kolam renang.

Pengubahsuaian hanya dibuat sedikit sahaja terhadap bumbung yang ketika itu belum siap.

Pembelian itu juga telah disiasat oleh BPR pada waktu itu dan telah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu.

Oleh kerana Ng begitu teruja mendakwa rumah itu bernilai RM 24 juta, dengan ini dikemukakan satu tawaran terbuka kepadanya untuk mencari pembeli dengan harga tersebut dan jika berjaya, komisyen sebanyak RM 12 juta atau 50% akan diberikan kepadanya.

Mungkinkah ini satu percubaan menyedihkan dari Pakatan Rakyat untuk memaksa SPRM agar tidak menyiasat Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu penyalahgunaan kuasa?

1 comment:

PAKCIK said...

dah takde kerja lain depa ni..kalau orang BN pula pakat2 gi tengok rumah-rumah pemimpin parti pembangkang..ambil gambar dan siarkan satu-satu.

boleh tak..

rumah pun nak dijadikan isu..jangan pula nanti tandas pun jadi mainan politik pembangkang.

macam takde modal dan moral je..