Thursday, July 16, 2009

Penggantungan tugas 5 ADUN BN kerana PR takut dikritik.


Sidang Dewan Negeri Selangor semalam telah meluluskan usul bagi menggantung lima Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (N) Selangor.

Kelima-lima ADUN itu termasuklah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), telah digantung dari menghadiri sidang DUN.

Datuk Seri Dr Mohamd Khir Toyo telah digantung selama setahun dan semua elaun serta kemudahan sebagai ADUN ditarik balik selama setahun.

Keempat-empat lagi ADUN BN pula digantung daripada menghadiri sidang DUN dan elaun ditarik selama enam bulan kerana didapati bersalah menggunakan media bagi menghina Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT).

Nampak sangat pihak kerajaan negeri Selangor inginkan elaun dari kelima-lima ADUN pembangkang itu mungkin kerana mereka sudah buntu bagaimana nak membiayai begitu banyak sekali janji-janji manis mereka kepada rakyat termasuklah pemberian air percuma.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah menulis di dalam blognya tentang dakwaan penglibatan ahli dewan undangan negeri Selangor dengan kegiatan kongsi gelap.

Tuduhannya itu telah menaikkan kemarahan ramai ahli parlimen DAP terutamanya Ronnie Liu dan Teresa Kok.

Pepatah Melayu mengatakan kalau tiada angin masakan pohon bergoyang dan siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.

YB Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dari awal menjadi Ketua Pembangkang Selangor lagi sudahpun mengecam perlantikan Ronnie Liu sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang menjaga hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Persoalannya kenapa dalam tempoh setahun ini, banyak pusat VCD cetak rompak, rumah urut dan pusat perjudian "kuda" haram tumbuh melata bagai cendawan selepas hari hujan?

Ronnie juga disyaki menjadi dalang sebuah pusat pelacuran di Puchong kerana pernah menghalang PBT dari menjalankan tugas mereka.

Tak perlu melenting atau terlalu sensitif kalau diri itu tidak bersalah bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah.

No comments: