Wednesday, October 21, 2009

Kecekapan, Ketelusan atau banyak cakap

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selalu bercakap soal ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban. Anehnya pentadbiran beliau tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kegagalan pembersihan di kesemua loji-loji air di Selangor.



Tiada satu pun loji air dibersihkan di Selangor tahun lalu dan pentdabiran banyak cakap Khalid Ibrahim gagal mengambil sebarang tindakan.

Bercakap dalam media bukan main punya cantik dan indah cara beliau mentadbir. Malangnya loji air tidak dibersihkan pun beliau tidak tahu. Jika satu atau dua mungkin masuk akal kerajaan negeri tidak perasan. Malangnya ia membabitkan semua loji penapis air.

Apakah kegagalan pembersihan semua loji-loji ini akibat daripada kekurangan dana? Difahamkan kerajaan negeri berhutang hampir RM 50 juta dengan syabas akibat pemberian air percuma sebanyak RM 11 setiap meter rumah kediaman.

Jangan terlalu banyak bercakap, tapi kerja tak jalan. Bila bercakap pula asyik beri angka berbilion ringgit tapi habuk pun tarak.

Jangan nanti dipanggil kerajaan temberang sahaja.

Wednesday, September 9, 2009

Kekalkan Kuil Di Seksyen 19

Laman propaganda kerajaan negeri Selangor (www.tvselangor.com)melaporkan bahawa
Bilal Masjid Seksyen 19, Mej (B) Ismail Abbas berkata, penduduk tidak mahu isu itu berlarutan dan menyifatkan gelagat mereka yang mengapi-api sentimen politik perkauman, menyusahkan mereka.

"Dari bapa ke anak, masalah tak selesai-selesai," katanya kepada Suara Keadilan, merujuk kepada Bekas Exco Selangor, Datuk Ahmad Nawawi M Zin dan bapanya, juga bekas Adun Batu Tiga. Kedua-dua wakil rakyat Umno itu menabur janji menyelesaikan masalah itu tetapi membiarkan ia berlarutan.

Komen Penulis: Jika Bilal Masjid Seksyen 19 berpendapat tiada masalah dengan kuil maka mengapa ia perlu dipindahkan ke kawasan orang lain?


Seorang lagi penduduk, Ramdzan Mohd Nata, 56, menyalahkan BN kerana gagal mengatasi masalah itu tapi menggesa Pakatan Rakyat menumpu perhatian kepada usaha pemindahan kuil daripada terjebak dalam mainan politik Umno.

"Sebaik-baiknya, kita cari penyelesaian dan tidak gaduh-gaduh, nanti semua orang susah," katanya.

Kesimpulan: Jika benar dakwaan suara propaganda kerajaan Selangor ini maka lebih baik ia dikekalkan kuil tersebut di Seksyen 19 sahaja, jangan menyusahkan penduduk seksyen lain.

Monday, September 7, 2009

YB Rodziah Punca Tapak Kuil Seksyen 18 Ditolak?

Menurut sumber, orang yang pertama menghasut pemilik kuil Seksyen 19 untuk menolak tapak Seksyen 18 ialah ADUN Batu Tiga, YB Rodziah. Ini kerana tapak tersebut berada berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 18.

Tinjauan bloger semalam mendapat tapak kuil seksyen 18 tersebut berada bertentangan dengan rumah YB Rodziah tetapi dipisahkan oleh Sungai dan juga sebuah nusery tanaman.

Apakah benar YB Rodziah menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk menghasut pemilik kuil agar berpindah ke Seksyen 23?

Jika ini benar bermakna Rodziah hanya bercakap soal tolak ansur agama sedangkan beliaulah culprit sebenar dalam isu ini.

Bersengkongkol dengan Khalid Samad dan kerajaan negeri beliau mengutarakan cadangan di Seksyen 23 kerana di situ terdapat ramai orang bukan penyokong beliau.

Rodziah, Khalid jangan cakap tak serupa bikin. Dulu nak bina gereja pun kau orang tentang sekarang kau orang nak bina kuil pulak depan rumah orang Melayu.

Hipokrit.

Friday, September 4, 2009

Jangan Terpedaya Dengan Air Mata Buaya Khalid Samad


Tertekan dengan kemarahan penduduk Islam Seksyen 23, Khalid Samad mengeluarkan satu surat terbuka yang diedarkan sebelum jumaat tadi. Beliau antara lain cuba mempertahankan tindakan beliau mencadangkan tapak kuil di Seksyen 23 yang berhampiran dengan kawasan majoriti penduduk Islam.

Beliau memetik ayat 8 surah al-Maidah yang berbunyi "bertindak adil! Ianya lebih rapat kepada ketaqwaan. Dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil..."

Aneh sungguh mengapa Khalid Samad hanya memetik sebahagian kecil ayat 8 surah al-Maidah. Mari kita baca keseluruhan ayat 8 dan juga 9 serta 10 yang berangkai dalam surah al-Maidah.

[Ayat : 8]
Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

[Ayat : 9]
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[Ayat : 10]
Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Qur'an), merekalah ahli Neraka.

Mengapa Khalid Samad menyembunyikan ayat-ayat ini kuranglah kita ketahui.

Namun bolehkah umat Islam di Shah Alam percaya kepada Khalid Samad? Sebaik menang pilihan raya lalu beliau menunjukkan belang dengan berucap di dalam Gereka menyokong tuntutan Sidang Injil Borneo untuk menukar perkataan Tuhan/God kepada Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Keadilan Dalam Neraca Apa?

Khalid Samad bercakap soal keadilan untuk penganut agama Hindu di negara ini. Apakah selama ini mereka tidak di layan dengan adil? Apakah tersergam indah kuil Batu Caves bukan bukti toleransi dan keadilan umat Islam negara ini? Apakah kewujudan bagai mahligai kuil-kuil Hindu di Sungai Way, Kinrara, Puchong, Klang, Shah Alam bukan bukti keadilan pemerintahan Islam di Selangor? Apakah pemberian cuti Thaipusam dan Deepavali di Selangor bukan bukti keadilan?

Kita ingin bertanya keadilan untuk siapa apabila Khalid Samad, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail meluluskan pembinaan kuil di Seksyen 23 berhampiran penempatan majoriti penganut agama Islam tanpa mendapat pandangan mereka dahulu?

Keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukannya memberi apa sahaja permintaan penyokong atau pengundi kita sehingga menindas orang lain.

Adilkah apabila mereka yang membeli rumah di kawasan tersebut tidak dipanggil untuk pendengaran awam sedangkan semasa membeli rumah tiada kuil di dalam pelan pembangunan?

Keadilan untuk siapa? untuk rakyat atau untuk kepentingan politik Khalid Samad?

Benarkah Kuil Hindu Perlu Berdekatan Rumah?

Hujah Khalid "Mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kediaman mereka? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang."

Wah mendengar hujahan ini tentulah kita berasa syahdu dan ada kebenarannya jika kita tidak memahami konsep kuil Hindu. Jika Khalid tidak faham biarlah kita fahamkannya.

Jauh tersebut untuk siapa dan dari mana? Apakah penganut Hindu seksyen 19 lebih dekat dengan seksyen 23 berbanding seksyen 22 dan 18? Yang mahu dipindahkan ialah kuil di Seksyen 19 jadi alasan jauh atas dua tapak cadangan kerajaan sebelum ini berbanding seksyen 23 tentulah boleh dipertikaikan rasionalnya.

Konsep kononnya tapak lama jauh dari penempatan orang tidak sesuai juga sangat melucukan.

Boleh Khalid beritahu apa logiknya kuil hindu di sebelah Midvalley yang tiada satu pun penempatan penduduk di bina begitu besar? Malahan ketika mahu membina Midvalley, penganut Hindu bertegas mahukan kuil di bina di situ berdasarkan terdapat tempat sembahyang kecil mereka di dalam hutan tersebut.

Boleh Khalid jelaskan apakah logik kenyataan beliau itu jika terdapat dua buah kuil Hindu yang besar dan luas di jalan Puchong-Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Elit yang tiada satu pun penempatan penduduk?

Bagaimana pula Kuil Hindu berhampiran Angkasapuri yang asalnya sebuah kuil haram mahu terus kekal di situ apablia kerajaan mahu membina New Pantai Expressway walaupun tiada sebuah pun penempatan penduduk di situ?

Jadi rasional Khalid bahawa Kuil Hindu perlu dibina berhampiran penempatan penduduk adalah hujahan retorik semata-mata kepada orang Islam yang tidak memahami isu.

Khalid perlu menjawab mengapa semasa kerajaan Barisan nasional dahulu beberapa pemilik kuil termasuk pemilik di Seksyen 19 telah bersetuju berpindah ke Seksyen 22 dan Seksyen 18, namun apabila bertukar kerajaan ia menjadi sebaliknya?

Bukankah ini kerana Pakatan sendiri telah membuat janji pilihan raya secara sulit dengan pemilik kuil Seksyen 19 dan beberapa kuil lain untuk memberi kuasa mereka sendiri memilih di mana mahu meindahkan kuil tersebut?

Agama Jadi Bahan Jualan Politik

Khalid cuba meraih simpati dengan berkata beliau tidak peduli kalah dalam pilihan raya akan datang asalkan, "Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti Kisah seorang raja Islam di Mysore, Banglore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh. Sehingga hari ini rakyat India masih menceritakan mnengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."

Adakah Tippu Sultan membina kuil Hindu di kawasan orang Islam? Ini merupakan satu pertanyaan yang sukar dijawab oleh Khalid. Keagungan Tippu Sultan hanyalah kerana pada zaman tersebut beliau membuat keputusan yang adil kepada semua orang bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.

Khalid tahu sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong beliau termasuk pemimpin pas di kawasan tersebut sendiri. Justeru beliau tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau kerana undi kaum India di seluruh Shah Alam lebih banyak berbanding jumlah penduduk seksyen 23.

Usahlah berselindung disebalik nama agama Islam untuk mempertahankan tindakan politik membina kuil Hindu di Seksyen 23 ini. Jika benar ini satu bentuk keadilan kita mahu tahu mengapa Pas Shah Alam juga suatu ketika dahulu membantah pembinaan Gereja di Shah Alam?

Kita mahu tahu mengapa suatu ketika dahulu tiada pula slogan keadilan untuk semua penganut agama apabila kerajaan negeri membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam. Sebaliknya hanya laungan kafir, taghut dan pengkhianat Islam diutarakan oleh Pas Shah Alam.

Hari ini kerana undi maka Khalid sanggup masuk ke gereja yang Pas kawasan beliau bantah dan tentang dulu untuk berucap dan menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia.

Orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana rumah Ibadat kerana mereka sedar kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika Pas membantah pembinaan gereja dahulu ia tidak mendapat sambutan penduduk setempat.

Hari ini yang dibantah bukan pembinaan kuil tapi lokasi yang tidak sesuai jadi janganlah Khalid cuba bermain kata-kata dan mahu menunjukkan "air mata buaya" kepada rakyat.

Friday, August 21, 2009

Berapa Banyak Duit Orang Melayu Ditipu Khalid?

Menteri Besar Selangor yang diaanggap Anwar Ibrahim sebagai tokoh korporat terkemuka berhutang sebanyak RM 66 juta kepada Bank Islam malaysia Berhad.

Sampai hari ini khalid tidak mahu bayar. Asyik naik turun mahkamah nak elak bayar hutang. Duduk rumah besar, kereta beli tunai (Khalid punya kenyataan sendiri) tapi hutang bank tak mau bayar. Hutang Bank Islam pulak tu yang majoriti penyimpan orang Islam. Lain kali kalau mahu lari hutang, buatlah pinjaman dengan Citibank ker, HSBC.

Sudahlah banyak kedudukan melayu di Selangor tergadai di bawah Khalid. Sekarang bank orang melayu pun nak dilingkupkannya. Bayangkan RM 66 juta tu berapa banyak orang melayu terbabit?

Patutlah dalam sidang DUN baru-baru ini Khalid tidak berani menyatakan berapa banyak hutang peribadinya keraan takut diketawakan orang. Cakap soal pengurusan ekonomi negeri tapi hutang puluh juta tak mau bayar.

Tuesday, August 18, 2009

EXCO Bohong Kata Tiada Di pejabat

Wakil penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang ingin menemui EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, kemiskinan dan kerajaan Prihatin, Dr. A Xavier bagi menghantar memorandum membantah pembinaan kuil di tempat mereka gagal menemuinya.

Menurut pembantu beliau Razak, Xavier berada di Permatang Pasir untuk penamaan calon.

Bagaimanapun alasan razak tersebut merupakan satu pembohongan kerana rombongan penduduk tersebut tiba hanya kira-kira 15 minit selepas satu temu bual wartawan Sinar Harian dengan Xavier.

Apakah Xavier mempunyai tikar terbang yang membolehkan beliau sekelip mata berada di Permatang Pasir?

Jika dibaca Sinar Harian hari ini pun jelas menunjukkan kenyataan Xavier mengenai H1N1 hari dibuat di bangunan SUK Shah Alam.

Lebih melucukan, apabila dihubungi Sinar Harian petang semalam beliau turut menyatakan telah menerima memorandum tersebut

Inikah yang dipanggil kerajaan telus dan bertanggungjawab? Hendak terima memorandum pun takut?

Sudahlah takut pembohong pula.

Thursday, August 13, 2009

Kuil haram pula diutamakan daripada hak orang Islam!

Photobucket

Surat bantahan dari persatuan penduduk

PERSATUAN KOMUNITI SEKSYEN 23 SHAH ALAM

No... Jalan Tarif Satu 23/8A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : PKS23/P2/SR/46

Tarikh : 16 Mei 2009

YAB TAN SRI DATO’ ABD. KHALID BIN IBRAHIM,

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR,

Pejabat Menteri Besar Selangor,

Tingkat 21, Bangunan SSAAS,

40503 Shah Alam.

YAB Tan Sri Dato’,

BANTAHAN PENDUDUK TERHADAP CADANGAN PEMBINAAN KUIL DI SEKSYEN 23

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Kami yang mewakili 80% masyarakat Islam di Taman Ixora, Seksyen 23 ingin membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di kawasan perumahan kami berdasarkan perkara-perkara berikut :

1) Majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam dan kami menolak sekeras-kerasnya

cadangan tersebut.

2) Pembinaan kuil tidak sesuai memandangkan peratusan penduduk beragama Hindu

adalah kurang dari 10%.

3) Pihak ADUN dan kerajaan negeri tidak berbincang dahulu dengan Persatuan kami atau

membuat bancian/kajian sebelum membuat keputusan.

4) Kawasan lapang untuk pembinaan kuil tersebut telah dipersetujui penduduk untuk

dibangunkan sebagai padang bola sepak dan tempat riadah dan kami dalam proses

untuk memajukan cadangan kami ke pihak berkuasa selepas bermesyuarat.

5) Kebanyakan famili yang tinggal di sini mempunyai anak-anak kecil dan remaja yang lebih memerlukan tempat bersukan dan beriadah.

Kami sangatlah berharap pihak YAB Tan Sri Dato’ akan turut menolak cadangan tersebut demi keharmonian dan perpaduan penduduk setempat. Sebagai ganti, kami juga berharap cadangan kami untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai tempat riadah akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan kertas cadangan tersebut akan dikemukakan dalam masa terdekat ini.

PERSATUAN KOMUNITI SEKSYEN 23 SHAH ALAM

Kerjasama dan sokongan YAB Tan Sri Dato’ dalam perkara di atas amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,

HJ. ZAINUDIN BIN MD. YUSUFF

Pengerusi, PKS23

s.k. : YB TUAN KHALID BIN ABD. SAMAD

AHLI PARLIMEN SHAH ALAM (P108)

No. 11, Jalan 16/2,46350 Petaling Jaya.

: YB PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL

ADUN BATU TIGA (N41)

No. 93A, Tingkat 1, Jalan Pelabur B23/B,Seksyen 23,40200 Shah Alam

: Yg. Bhg. DATUK BANDAR,

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,40000 Shah Alam.

: Fail PKS23


Persoalan yang berlegar-legar di fikiran penulis ialah kenapa pemimpin PAS di kawasan tersebut sanggup menyokong pertukaran kuil itu dari Seksyen 19 Shah Alam ke Seksyen 23, satu kawasan majoriti orang Melayu beragama Islam?

Kenapa kuil tersebut tak dibina di kawasan majoriti orang India??? Adakah ini satu percubaan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan majoriti orang Melayu memandangkan kuil akan dibina di kawasan kediaman mereka?

Ini berlaku setelah wakil rakyat India dalam PKR meminta perkara tersebut. YB Rodziah serta YB Yaakob Sapari serta Khalid Samad juga bersetuju serta menyokong penukaran tersebut.

Pada awalnya kuil itu adalah kuil haram di Seksyen 19 Shah Alam di mana Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2007 telah mengarahkan pemindahan kuil itu ke seksyen 22 Shah Alam atas tanah kerajaan negeri.