Wednesday, July 30, 2008

Adakah PAS akan bersatu dengan UMNO?

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Sebenarnya apa yang dibuat oleh PAS yang sekarang berada dalam Pakatan Rakyat dalam misinya untuk menubuhkan negara Islam? Sudah berpakat dengan pemimpin radikal Cina dan pemimpin yang suka meliwat, maka terbang agenda negara Islam.

UMNO Selangor telah mengumumkan kesediaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam bekerjasama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ini bagi kesejahteraan rakyat dan bangsa Melayu juga. Orang Melayu tidak wajar berbalah sesama sendiri secara berterusan kerana ini boleh membawa kepada kehancuran di dalam negeri serta perpecahan orang Melayu sendiri.

Bekas penjajah sudah pasti gembira dengan perpecahan orang Melayu itu sendiri kerana itulah misi mereka di setiap negara yang pernah mereka jajah dahulu pun, mesti ditinggalkan sesuatu untuk memastikan perpecahan kaum di negara bekas jajahan mereka.

Datuk Abdul Rahman Palil, selaku Ketua Penerangan UMNO Selangor berkata ini demi untuk memperbaiki suasana politik serta mengelakkan perbalahan yang merugikan semua pihak terutama sekali orang Melayu.

Dalam pada itu pula, di dalam Harakahdaily terdapat artikel yang memberi jaminan PAS komited dengan Pakatan Rakyat. Bolehkah dipercayai kata-kata pemimpin PAS yang sebelum PRU 12 baru-baru ini mengatakan tidak ada kerjasama dengan DAP, tetapi bekerjasama juga bila menubuhkan Pakatan Rakyat?

Dalam rasa komited kepada Pakatan Rakyat itu, bagaimana pula dengan dasar PAS untuk menubuhkan negara Islam dan memperjuangkan agama, walaupun Malaysia sekarang ini pun sudah negara Islam dan Perdana Menteri Malaysia pun menjadi pengerusi OIC.

Adakah parti DAP yang begitu kuat mengamalkan perkauman Cina dan PKR yang hanya memperjuangkan seorang individu yang suka meliwat iaitu Anwar Ibrahim boleh bersatu dengan PAS yang dasarnya ialah menegakkan Islam?

Takkan PAS masih nak bersama PKR yang secara terang-terangan menyatakan mereka menawarkan wang kepada wakil rakyat agar melompat parti ke PKR? Bukankah itu satu tindakan tidak bermoral?

Kayu bengkok masakan lurus bayangnya.

No comments: