Wednesday, July 16, 2008

Ikhlaskah PAS dalam berbincang dengan UMNO?

Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan.

www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015528&Itemid=60

Pautan di dalam laman Harakahdaily di atas bertajuk "Siumankah untuk mengatakan PAS bekerjasama dengan UMNO" menunjukkan PAS sebenarnya tidak ikhlas dalam ura-uranya untuk emngadakan perbincangan dengan UMNO dalam membincangkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

Malahan banyak blog yang menyokong PAS menafikan khabar berikut dan mengatakan ianya sebagai satu fitnah.

Malahan salah satu blog di http://edition.globalmediachannel.tv/news/politics/mahfuz-nafi-pakatan-sulit-kahwinkan-semula-pas-dengan-umno.html

mengatakan "Tidak timbul isu ini benar atau tidak, kerana saya sudah pun menafikan adanya rundingan sulit untuk 'mengahwinkan' PAS dengan Umno. Lagipun perkahwinan politik seperti ini mungkin 'tidak sah' kerana antara PAS dan Umno memang tidak 'sekufu'.

Begitu teruja Si Mahfuz menafikan ura-ura tersebut tetapi dulupun pemimpin PAS menipu juga bila mengatakan tidak ada kerjasama dengan DAP pada sebelum PRU ke 12 baru-baru ini.

Dan sekarang PAS, DAP dan PKR bersatu juga untuk membentuk Pakatan Rakyat.

Jadi boleh dipercaya ke kata-kata dari pemimpin PAS yang cakap tidak serupa bikin ini?

Sekali air bah, sekali pantai berubah.

PAS memang nampak dianaktirikan oleh kedua-dua DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat tapi mereka masih lagi mahu berbohong mengatakan 'perkahwinan politik' mereka ini masih utuh dan kukuh.

No comments: