Thursday, July 10, 2008

Pas hipokrit nombor 1 di Malaysia!

Umpama kayu lempung, belum ditolak, condong sendiri. Itulah ibaratnya Pas kini di dalam Pakatan Rakyat.

Begitu menghairankan juga kenapa pemimpin Pas kini seakan-akan memejam sebelah mata dengan tuduhan liwat terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

Malahan, di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 10 Julai 2008, Salahuddin Ayub selaku Ketua Pemuda Pas memberikan penegasan agar apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dapat diselesaikan secara bermoral.

Apa yang dimaksudkan secara bermoral oleh Salahuddin Ayub itu? Adakah tindakan melakukan homoseksual oleh peliwat satu tindakan yang bermoral pada pandangan Pas?

MB Kedah telah menyatakan "Mereka yang takut kepada hudud adalah perompak dan barang siapa yang tidak mencuri atau merompak, tidak takut kepada perlaksanaan Hudud".

Malah Salahudin di dalam artikel yang sama di dalam Sinar Harian itu yang semua orang pun terkilan dengan tindakan kumpulan Carburator Dung tetapi tidak adil meletakkan kesilapan sepenuhnya kepada penganjur.

Penganjurlah yang harus bertanggungjawab sepenuhnya sebab mereka yang membenarkan kumpulan tersebut membuat persembahan pada malam itu.

Nampak sangat ciri tidak Islam PKR berbanding dengan Pas tetapi yang menghairankan Pas masih boleh bersekongkol dengan PKR.

Satu persoalan lagi ialah kenapa Anwar Ibrahim takut sangat untuk bermubahalah? Takut dipanah petirkah sebab memang dirinya itu melakukan kerja meliwat bekas pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mereka yang takut pada sumpah mubahalah adalah PELIWAT dan barang siapa yang tidak MELIWAT atau ZINA, tidak takut kepada perlaksanaan sumpah mubahalah.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

No comments: