Monday, July 14, 2008

Menteri Besar Selangor membazir duit kerajaan?

Dr. Mohamad Khir selaku Ketua Pembangkang bagi negeri Selangor telah membuat pendedahan tentang perlantikan hampir 10 orang auditor dari kalangan kawan-kawan Tan Sri Khalid Ibrahim semasa di PNB dan beberapa syarikat lain bagi tujuan mengaudit fail-fail kerajaan negeri tanpa melalui prosedur yang betul.

Malahan mereka juga tidak mengangkat sumpah memegang rahsia tetapi diberi kebenaran melihat fail-fail sulit kerajaan dan itu merupakan kesalahan besar di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Mereka juga tidak dilantik secara rasmi tetapi dibayar gaji RM20,000 sebulan yang berjumlah RM200,000 setahun jadi bukankah ini juga satu bentuk pembaziran.

Malahan Dr. Mohamad Khir membuat pertanyaan kenapa EXCO Yaakop Sapari tinggal di kuaters kerajaan di Seksyen 4, Shah Alam sedangkan ianya hak para pegawai kerajaan dan bukan EXCO kerana EXCO sudah disediakan rumah EXCO.

Di samping itu juga pengawal pengiring Tan Sri Khalid Ibrahim berjumlah empat orang yang menunggang motosikat dibayar RM200 sehari setiap orang.

Mereka juga dilihat memakai jaket PKR serta mengawal lalu lintas. Bila mereka menjadi polis trafik pula?

Inilah kerajaan Pakatan Rakyat, bak kata kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

No comments: