Saturday, July 26, 2008

Masalah peniaga UpTown Shah Alam.

Apa tindakan kerajaan negeri Selangor ke atas rintihan peniaga di UpTown Shah Alam yang mendakwa pihak pengurusan di sana tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kebajikan peniaga hingga menyebabkan ramai peniaga terpaksa gulung tikar?

Malahan, peniaga juga mempertikaikan pengurusan bazar itu kerana wang yang dibayar bukan sahaja tidak digunakan untuk memperjuangkan nasib mereka malahan melumpuhkan lagi perniagaan mereka kerana tiada reputasi.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor begitu gah mengatakan mereka pejuang rakyat tanpa mengira bangsa tetapi apabila ini berlaku kepada peniaga Melayu, apa pula tindakan mereka?

Takkan nak dibiarkan peniaga Melayu menjadi bangkrap tanpa dibantu langsung dan hanya menumpu untuk menolong bangsa lain?

Sanggupkah kerajaan negeri menganaktirikan peniaga Melayu dan membela kaum lain lebih dari kaum Melayu yang sebenarnya lebih memerlukan bantuan?

Kenapa pula Bazar UpTown Shah Alam yang mula beroperasi pada 1 Mei 2006 yang menjual pelbagai keperluan pengguna seperti pakaian, alat perhiasan, kasut, buah-buahan, makanan dan minuman yang dijual dengan harga yang murah tetapi berkualiti tidak dijaga dengan betul hingga mengakibatkan bazar busuk serta tidak diselenggara dengan baik?

Adakah pihak pengurusan hanya mementingkan keuntungan yang dikaut dari hasil penyewaan tanpa menitikberatkan kebajikan peniaga yang sepatutnya mendapat pembelaan dari pihak pengurusan?

Jika peniaga bungkus, sudah tentu pihak pengurusan juga akan turut bungkus kelak kerana tidak dapat menjana pendapatan dari sewa peniaga.

Ini adalah situasi menang-menang kerana kedua-duanya amat memerlukan antara satu sama lain.

No comments: