Thursday, July 31, 2008

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2008

Jika dikatakan terdapat orang India dan Cina yang miskin, saya percaya jumlah orang Melayu dan Bumiputera yang miskin lebih ramai daripada mereka. Ini bukan bermakna kaum bukan bumiputera tidak perlu dibantu. Terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan melalui kerajaan, MCA, MIC dan pelbagai NGO.

Di atas ialah antara cetusan dari Dr. Mohamad Khir Toyo di dalam blognya yang bertajuk "Kontrak Sosial : Habis madu sepah dibuang?" bertarikh 27 Julai 2008.

DEB adalah untuk semua kaum di Malaysia ini yang miskin. Tetapi keutamaannya diberikan kepada kaum Bumiputera Melayu yang begitu ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum Cina di Malaysia.

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia untuk 2008 menurut Forbes Asia:

Robert Kuok AS$ 10 billion, 84, berkahwin, 8 orang anak.Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group, Wilmar International

Ananda Krishnan AS$ 7.2 billion, 70, berkahwin, 3 orang anak.Maxis Comminications, Aircel Ltd, Astro All Asia Networks

Lee Shin Cheng AS$ 5.5 billion, 69, berkahwin, 6 orang anak.IOI Group

Teh Hong Piow AS$ 3.5 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.Public Bank

Lee Kim Hua & family AS$ 3.4 billion, 79, janda, 6 orang anak.Genting Group

Quek Leng Chan AS$ 2.4 billion, 67, berkahwin, 3 orang anak.Hong Leong Group, Guoco Group, Rank Group

Yeoh Tiong Lay and family AS$ 2.1 billion, 78, duda, 7 orang anak.YTL Corporation

Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.8 billion, 56, berkahwin, 5 orang anak.Malaysia Mining Corporation (MMC), Malaysia Johor Port, Malakoff, Gas Malaysia

Vincent Tan AS$ 1.3 billion, 56, berkahwin, 11 orang anak.Berjaya Group

Tiong Hiew King AS$ 1.1 billion, 78, berkahwin, 4 orang anak.

Jika dilihatkan kepada senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2008 di atas, 8 daripadanya ialah orang Cina, 1 India dan 1 Melayu.

Jadi ini membuktikan orang Cina lebih berdaya saing dan berjaya berbanding usahawan Melayu dan India.

Oleh itu, adakah salah jika kerajaan ingin membantu orang miskin dari semua kaum tetapi keutamaan diberikan kepada orang Melayu iaitu kaum Bumiputera di Malaysia?

No comments: