Monday, July 7, 2008

Ahli Majlis Berkuasa Tempatan ada rekod jenayah?

Sudah tentu rakyat Malaysia terutamanya warga Selangor agak terkejut dengan pendedahan oleh akhbar tempatan The Star yang telah mendedahkan bahawa beberapa Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai rekod jenayah atau berada dalam siasatan polis.

Jadi apa rasionalnya Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor kini yang langsung tidak prihatin tentang samada prosedur menghantar nama mereka yang dilantik kepada Badan Pencegah Rasuah dan Polis yang pernah dilaksanakan oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo dilakukan atau tidak?

Adakah ini buktinya PKR akan melantik sesiapa sahaja; tak kiralah samada depa tu ada penglibatan dengan pusat pelacuran ke, ada rekod jenayah ke atau samada dia itu seorang homoseksual atau tidak asalkan dia menyokong kuat PKR iaitu matlamat menghalalkan cara?

Kenapa begitu sekali tindak-tanduk Tan Sri Khalid yang langsung tidak mencerminkan kredibiliti dan transparensi beliau?

Atau adakah ini buktinya bahawa PKR akan menghalalkan apa sahaja yang selama ini tidak pernah dihalalkan oleh kerajaan Barisan Nasional kerana begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat dan juga kuasa dan inilah yang akan terjadi jika mereka memerintah di peringkat persekutuan?

No comments: