Tuesday, July 8, 2008

Kenapa sampai londehkan seluar?

Ramai antara mereka yang hadir dan juga yang telah menonton mungkin di dalam Youtube atau yang telah disiarkan oleh berita di kaca television melahirkan perasaan tidak puas hati dan terkejut dengan aksi londeh seluar oleh kumpulan penyanyi yang diundang ke Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat.

Lagu Mari Nyanyi Menjilat oleh kumpulan underground Carburetor Dung oleh vokalis kumpulan tersebut Alak sepertimana yang diterangkan oleh Ketua Kumpulan dan pemain gitar Carburetor Dung, Joe Kidd menerangkan kepada Utusan Malaysia bahawa mereka tidak merancang untuk berkelakuan tidak senonoh pada malam itu.

Dan Alak pula menyebut 'jilat' bukan 'LIWAT' terang Joe Kidd lagi.

Yang paling menghairankan ialah kenapa Hishamuddin Rais selaku penganjur segmen muzik tiba-tiba membenarkan kumpulan Carburetor Dung beraksi di saat-saat akhir sedangkan pada awalnya mereka tidak dibenarkan?

Dan adakah penyanyi utama kumpulan tersebut begitu bodoh sehingga tidak dapat membezakan apakah acara pada malam itu, sesuai atau tidak dengan aksi yang dipertontonkan kepada orang ramai itu sehingga menyebabkan Alak dibelasah setelah cuba melondehkan seluar sambil menjerit perkataan 'jilat, jilat' sewaktu menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat?

Mungkin kedua-dua pihak iaitu penganjur dan kumpulan penyanyi yang diundang bersalah dalam peristiwa ini.

Dan nampaknya Kerajaan Pakatan Rakyat tidak putus-putus diselubungi dengan publisiti murahan seperti kejadian di atas.

Apa maknanya semua itu? Bukan nak menumpukan perhatian berkhidmat untuk rakyat tetapi mencari publisiti untuk menaikkan nama sendiri walaupun dengan mendapat publisiti murahan.

Yang lahir menunjukkan yang batin. Siapa makan cili, dialah terasa pedas.

No comments: