Tuesday, July 22, 2008

Khalid bela Loh Gwo Burne daripada Azam?

Kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengatakan isu menampar Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne oleh Pembantu Peribadi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dikenali sebagai Azam dalam Majlis Perasmian tapak pembinaan surau Al-Istiqamah di Fasa 2 Desa Mentari sudah selesai nampaknya hanya untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan Rakyat.

Pihak polis sudah mengesahkan mereka belum menerima sebarang permohonan untuk menarik balik laporan polis yang dibuat oleh Loh Gwo Burne terhadap Azam.

Kejadian bermula dengan sikap kurang ajar Loh Gwo Burne sendiri yang telah menumbuk meja serta mempersoalkan pihak manakah yang memberi kelulusan terhadap perasmian tapak surau tersebut sehingga mendatangkan perasaan kurang senang Azam.

Azam telah cuba untuk menenangkan Burne tetapi situasi menjadi bertambah tegang dan kemuncaknya ialah Azam bertindak menampar muka Ahli Parlimen Kelana Jaya itu.

Keadaan bertambah parah apabila penduduk di situ bertindak menyerang azam dan menyebabkan polis terpaksa campur tangan untuk meleraikan kekecohan itu.

Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula yang nyata nampak membela Loh Gwo Burne nyata mengetepikan Azam dan pembinaan surau tersebut kerana Loh Gwo Burne yang bertindak kurang sopan mempertikaikan kelulusan tapak surau di Desa Mentari tersebut.

Sanggup pula dia membela orang Cina daripada orang Melayu sendiri dan memperkotak-katikkan surau yang melambangkan agama Islam?

Apa nak jadi dengan si Khalid ni?

Kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan.

No comments: